CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, September 26, 2008

Kahwin Awal?????

Kahwin awal??

Satu tuntutan,kewajipan,atau kelebihan??

Sudah menjadi adat bagi setengah mahasiswa al-azhar apabila selesainya imtihan(exam) maka persoalan ini akan tebenak dan lahir dalam pemikiran mereka..masing-masing hendak kahwin atau x tidak??

Enta tolong carikan akhwat untuk ana boleh??ana nak takdim akhwat la..?? Persoalan ini mula timbul.kalo x kawin umur makin lanjut..kalau kahwin takut beban dan tidak mampu tapi bahaya juga..yela aku dah orang agama(dlm bidang agama) kena jaga benda2 macam ini.ujian bagi orang agama kuat..seperti contoh2 perjuangan nabi2 dan ulama dahulu yg mana mperjuangkn agama sangup mengenepikan keduniaan semata-semata Agama Allah. sehingga ujiannya tlalu kuat sehinggalah mereka berjaya..hatta mereka meperjuangkn kalimah syahadah supaya bibir manusia dapat mlafazkanya..

Persoalannya sekarang adakah orang yg mperjuangkan agama Allah sekarang seperti mereka??sanggup mengikat perut ketika dimedan perang,beratur dan berebut hendak ke medan perang??jadi kita boleh melihat ini sebagai contoh dan semangat yang jitu bagi orang-orang yg mana mperjuangkn agama Allah supaya jangan takut dengan ugutan dan cacian.kerana Allah bsama dengan mereka yg mperjuangkan agama suci ini.

Berbalik pada perbincangan kita.Adakah berkahwin awal satu tuntutan pada masa sekarang?persoalannya sekarang adakah seseorang yang muda yang umur meningkat ke 20 tahun dan telah menpunyai couple atau tidak tapi mepunyai keinginan untuk berkahwin awal adalah jalan terbaik buat remaja masa kini.?Adakah dengan kahwin awal dapat menyelamatkan dari segala kejahatan(maksiat) kepada Allah?.

Cuba kita lihat perkahwinan itu sendiri ialah menghalalkan segala yg haram, Menurut Saidina Abbas r.a, bahawa tidak sempurna ibadat seseorang kecuali apabila ia sudah berkahwin. Persoalannya adakah kahwin itu suatu ibadat??

Saidina Abbas lebih cenderung untuk meletakkan perkahwinan itu sendiri merupakan suatu ibadat, ataupun ia dikira sebagai suatu kesempurnaan bagi perlaksanaan ibadah.

Yang dimaksudkan oleh Saidina Abbas iaitu tidak tenang hati seorang hendak beribadat kepada Allah SWT kerana dorongan syahwat yang telah ditakdirkan kepada keturunan Adam, kecuali setelah ia berkahwin. Walaupun seseorang itu kuat melakukan ibadat, seorang tok lebai yang baik budi pekertinya dan berakhlak mulia, namun ia terpaksa mengakui keperluan yang telah ditakdirkan oleh Allah SWT dari segi nafsu syahwat, maka kedudukannya sebagai tok lebai itu belum boleh menjadi suatu jaminan melainkan ia kembali ke fitrahnya yang semula jadi itu untuk berkahwin.

Lebih-lebih lagi di zaman yang penuh pancaroba; buka jendela di pagi hari, sudah lihat perkara-perkara yang boleh mengoda perasaannya. Sedangkan di zaman Saidina Abbas r.a itu pun beliau telah merasakan tidak selamat tanpa berkahwin, betapa pula di zaman sekarang yang begitu banyak pendedahan perkara-perkara yang membangkitkan keinginan seseorang terhadap syahwat.

Oleh yang demikian perkahwinan menjadi suatu perkara yang sangat mustahak kerana ia akan menjadi perisai kepada keimanan.

Tidak sempurna suatu ibadat kecuali ia dilakukan dengan kelapangan hati. Kelapangan dan ketenangan hati akan lebih mudah dicapai setelah Seseorang itu menempuh perkahwinan. Jika seseorang itu memerlukan makan minum dan pakaian serta tempat tinggal bagi menjaga kepentingan fizikal, demikian juga nafsu syahwat yang Allah kurniakan itu juga memerlukan penyelesaian. Jika itu tidak dilakukan maka pastilah ketenangan hati sukar dicapai.

Pernah Saidina Abbas r.a menghimpunkan anak-anak lelakinya yang masing-masing telah remaja, lalu beliau berkata kepada
anak-anak remajanya itu:

"Wahai anak-anakku, jika kamu semua telah mempunyai keinginan untuk berkahwin, maka beritahulah kepada ku, Insya
Allah aku akan berusaha untuk mengahwinkan kamu., Kerana apabila seseorang manusia telah melakukan zina maka ketika itu Allah SWT cabut iman mereka dari hatinya."

Keimanan adalah suatu hidayah kurniaan Allah SWT kepada hamba-Nya. Sekiranya iman itu telah dicabut lantaran hamba
tersebut melakukan zina maka tidak mudah Ia hendak dibina kembali atau diperolehi semula. Kerana perbuatan zina itu adalah perbuatan orang yang fasik dan zalim yang tidak mendapat hidayah dari Allah SWT.

Demikian beberapa pendapat dan pandangan seorang sahabat Rasulullah SAW tentang perkahwinan dan keperluannya.,
Sesungguhnya banyak keterangan di dalam al-Quran tentang adab-adab nikah, dengan adanya ayat-ayat yang mendorong ke arah perkahwinan itu. Terdapat begitu banyak kisah para nabi-nabi yang menjelaskan kehidupan mereka bersama isteri-isteri serta mempunyai anak dan cucu.

Terdapat di dalam ungkapan dan doa para nabi yang bermohon kepada Allah SWT semoga Allah SWT mengurniakan kepada mereka anak-anak dan cucu sebagai seuatu yang menjadi tenang mata memandang (Qurrota Aaayun). Doa-doa tersebut membuktikan bahawa nabi-nabi atau orang yang soleh melakukan perkahwinan.

Rasulullah juga menjelaskan di dalam hadithnya yang bermaksudkan: "Sekiranya kamu mempunyai anak-anak perempuan yang sudah remaja, lalu datang seseorang yang datang meminang, jika kamu dapati laki-laki yang masuk meminang itu baik akhlaknya, agamanya dan sebagainya, maka segeralah kamu menikahkannya."

Hadith tersebut membayangkan ibu bapa mempunyai tanggungjawab untuk menikahkan anak-anak perempuan mereka yang
remaja, kerana untuk menjaga kebajikan anak-anak remaja itu dan melindunginyadengan perkahwinan itu agar ia terselamat
dan terjerumus ke lembah perzinaan yang membawa kepada keruntuhan akhlak dan iman.

Permasalahnya sekarang bila ditanya oleh couple2 jawapan yang mereka berikan “saya belum bersedia lagi” tapi apabila melihat kembali sudah pun bersedia keluar sekali,berpegangan tangan,jadi jawapan yg diberikan sama sekali tidak bersasas.bukankah itu menunjukan kesediaan kepada “ mukadimah zina”

Dalam hal ini Agama sudah jelas membawa kepada kita.dengan panduan yang baik demi kesejahteraan umat itu sendiri.Dalam konteks masalah ini banyak pandangan ulama dalam hal masalah ini.dengan banyaknya masalah sosial,rogol,s.mahram dan sebagainya.adakah masalah ini akan belanjutan sehingga generasi yang akan datang??dalam masalah ini saya bawakan pendapat Dr.Abdullah Nasih Ulwan yang menyarankan perkahwinan segera dan pengislahan persekitaran sahaja yang boleh menyelesaikan masalah sosial ini.tentu usaha kita terhad tanpa bantuan pihak berkuasa.

Perkahwinan adalah satu syariat,tuntutan dan kewajipan dalam membina masyarakat yang unggul.Allah s.wt telah mensyariatkan perkahwinan sebagai satu jalan keluar kepada pelbagai perkara.bukan bermaksud mensyariat kahwin awal bermaksud kawin di bawah umur mengikut undang-undang yng berbeza setiap Negara.Tiada sempadan umur layak berkahwin dalam islam.Usia “shabab” atau belia remaja dalah waktu sesuai untuk mendirikan rumah tangga berdasarkan seruan Rasulullah S.A.W

يا معشر الشباب من استطاع منكم البأءة فليتزوج فاءنه أغض للبصر و أحصن للفرج و من لم يستطع فعليه بااصوم فاءنه له وجاء

Maksudnya: “wahai pemuda(belia) sesiapa yang mampu dikalangan kamu untuk (berjima) maka berkahwinlah,sesunguhnya ia menundukkan pandangan kamu,memelihara kemaluan mu(kehormatan) dan bagi sesiapa dikalangan kamu yang tidak mampu dengannya adalah dengan berpuasa.sesungguhnya ia adalah pencegahnya”

Pada usia inilah tenaga ,kekuatan dan kehendak seks itu berkumpul. Rasulullah S.A.W juga menyarankan agar memilih pasangan yang di kalangan mereka yang muda kerana masing-masing akan melayan kehendak pasangan ,melaksanakan tangungjawab rumah tangga.Bagi wanita pula,inilah masa sesuai untuk melahirkan zuriat yang sihat dan genarasi yang baik demi kesejahteraan ummah.

Bagi permasalah ini pula akan timbul bagi pasangan yang tidak mampu dari segi ekonomi.kalau nak kawin kena ada duit.kalau tak macam mana nk tangung isteri dan anak2??melihat pemasalahan ini memang ia tidak dapat dinafikan ia adalah sangat penting tetapi kita perlulah berusaha melihat di hadapan dengan lebih positif.dan inilah yang di anjurkan dalam Islam.kerja dengan niat yang baik adalah ibadat.janganlah kita bimbang akan rezekinya.sebab tuhan yang memberikan rezeki.bahkan rezeki itu sendiri tidak akan datang melainkan kita berusaha bersungguh-sungguh.

SARANAN&HUJAH

Hujah yang mengalakkan kahwin segera awal boleh dikeluarkan dari dalil-dalil berikut:

وأنكحوا الأيامى منكم والصالحين من عبادكم وامائكم ان يكونوا فقراءيغنهم الله من فضله والله واسع عليم

Maksud firman Allah swt: “Dan kahwinlah orang-orang bujang diantara kamu dan orang-orang yang layak berkahwin dari hamba yang lelaki dan perempuan.Jika mereka miskin,Allah swt akan memberikan kemampuan kepada mereka dengan kurniaNya.Dan Allah Maha Luas pemberiannya lagi Maha Mengetahui”.

Al-Qurtubi menafsirkan ayat tersebut dengan menyarankan kepada penjaga agar memberikan kemudahan dan bantuan untuk melaksanakan perkahwinan mereka.

Arahan “kahwinlah” menunujukan mereka yang mempunyai kuasa dalam memberikan arahan.Tanggungjawab ini tepikul kepada penjaga sama ada lelaki atau wanita.

Jangalah sampai takutkan kemiskinan maka pihak yang dipertanggungjawabkan sangup mengahalang jagaannya dari berkahwin .Tidak sepatutnya bagi seseorang yang beriman dengan Allah swt meletakkan ketakutan sebegini kerana ia bukanlah merupakan suatu asas yng kukuh.

Dari Abu Hurairah r.a bersabda Rasulullah s.a.w: “Apabila meminang seorang lelaki yang kau redhai Agamanya,akhlaknya dan amanahnya maka kahwinkanlah ia,jika tidak dilakukan ,terjadilah ia fitnah dan kerosakan yang meluas”.(at-Tirmizi)

Jelas baginda menganjurkan kepada penjaga agar kahwinkan anak mereka dengan lelaki yang mempunyai agama,akhlak,amanah.ini kerana sifat tersebutlah yang menjamin sesuatu keluarga itu bahagia.ada pun meletakakan syarat-syarat tambahan di takuti memberatkan bagi jagaannya mencari jodoh seterusnya mebawa fitnah kerosakan di dalam masyarakat.

Dari Ali r.a sesungguhnya Rasulullah saw telah bersabda : “ Tiga perkara jangan kau tangguhkan,solat apabila tiba waktunya,mayat apabila sampai,dan bujang yang ditemukan sekufunya”.

Dari fatimah binti Qais , sesungguhnya Rasulullah saw telah megarahkannya mengahwini usamah bin zaid pada ketika itu berusia belum menjangkau 16 tahun.nikahlah kamu akan usamah bin zaid”maka aku enggan .kemudian Rasulullah saw bersbda “nikahlah dengan usamah binti zaid”. Maka aku nikahinya .maka Allah swt telah memberikan kebaikan kelapangan(Riwayat muslim)

Dari saidina Umar bin al-Khattab r.a sesungguhnya telah berkata: kahwinlah anak-anak kamu apabila sampai baligh,janganlah kamu menanggung dosa-dosa mereka.

(disebut oleh ibnu jauzi dalam Ahkam An-Nisa)

jelas pada kita bahawa Nabi telah memberi garis panduan yang jelas kepada kita.dan nabi juga memahami keinginan remaja apatah lagi dengan nafsu yang kuat.Nabi memberi kaedah seperti puasa.dengan berpuasa dapat menahan dari seseorang dari mengikut hawa nafsu. Seperti pepatah “nasfu kamu jika tidak disibukan dengan Allah maka ia akan mennyibukkan dirimu dengan perkara-perkara batil”.dengan itu jelas bahawa perkahwinan di usia muda adalah satu rahmat kebaikan dan dapat menyelamatkan seseorang itu dari fitnah dan maksiat.antara-antara kelebihan-kelebihan perkahwinan awal adalah mendekatkan diri kepada Allah swt dan agama.adalah ibadat dan sempurna ibadat dengan berkahwin, menjaga dan menyelamatkan hubungan sesorang itu dengan ikatan yang sah dapat melahirkan zuriat dan keturunan yang baik,menjaga dari hilangnya kemanisan perkahwinan itu,masa dengan pasangan adalah lebih dan dapat merancang dengan baik, budaya “ becouple” ketika kahwin adalah terbaik.

0 comments: