CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, December 14, 2008

kasihku abadi

kamar hatiku sekian lama
suram dan sepi kekosongan
aku mencari insan sejati
tuk menemani hidupku

adam dan hawa diciptakannya
disemai rasa kasih sayang
agar bersemi ketenangan
dan kedamaian dihati

kuharap hanya keikhlasan
dan kurindukan keramahan
aku inginkan kemesraan
berkekalan berpanjangan

mengasihimu dikasih
menyayangimu disayangi
merindui dan dirindui
saling mengerti dihati

biar hilang kabus diwajahku
biar tenang resah didadaku
terimalah serta kabulkan
harapan ini oh Tuhan

ku melafazkan kata penuh makna
bersaksi Tuhan Yang Maha Pemurah
hidup mati jodoh pertemuan
ditentu Allah Yang Esa

moga impian kan dirahmati
dipertemukan serikandi
susah dan senang sama harungi
demi cinta yang hakiki...

Tuesday, December 2, 2008

fajar nian

bermula suatu hari
mencari ketenangan abadi
sinaran cahaya mentari
mula bersinar

embun pagi yang menitis
(tgh cari ilham)

Friday, November 28, 2008

Cuti....

Alhamdulillah,
cuti2 ni byk plak ilham dtg utk compose something for band of brothers...
hope next sem akn lebih baik utk kami....

Semi Final Muzik-muzik 2008

Malam ini akan berlangsungnye semifinal muzik-muzik 2008...
dont forget utk vote dusta berkalang nyanyian Aiman yep...(",)

Saturday, October 25, 2008

FINAL EXAM!!!!

Minggu depan akan bermula lah final exam,...hope sume leh je jwb... to all fren GUD Luck!!!

Saturday, October 4, 2008

Syawal 1429h




Sepanjang 3 hari raya ni nashriqzulkifli hanya menghabiskan masa di kampung
saje...sebelum tu masih xterlambat rsenye nk ucapkan
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR BATIN BUAT SEMUA...(",)
insyaALLAH show terdekat bagi band of brothers adalah 8 oktober nnti...

Friday, September 26, 2008

Kahwin Awal?????

Kahwin awal??

Satu tuntutan,kewajipan,atau kelebihan??

Sudah menjadi adat bagi setengah mahasiswa al-azhar apabila selesainya imtihan(exam) maka persoalan ini akan tebenak dan lahir dalam pemikiran mereka..masing-masing hendak kahwin atau x tidak??

Enta tolong carikan akhwat untuk ana boleh??ana nak takdim akhwat la..?? Persoalan ini mula timbul.kalo x kawin umur makin lanjut..kalau kahwin takut beban dan tidak mampu tapi bahaya juga..yela aku dah orang agama(dlm bidang agama) kena jaga benda2 macam ini.ujian bagi orang agama kuat..seperti contoh2 perjuangan nabi2 dan ulama dahulu yg mana mperjuangkn agama sangup mengenepikan keduniaan semata-semata Agama Allah. sehingga ujiannya tlalu kuat sehinggalah mereka berjaya..hatta mereka meperjuangkn kalimah syahadah supaya bibir manusia dapat mlafazkanya..

Persoalannya sekarang adakah orang yg mperjuangkan agama Allah sekarang seperti mereka??sanggup mengikat perut ketika dimedan perang,beratur dan berebut hendak ke medan perang??jadi kita boleh melihat ini sebagai contoh dan semangat yang jitu bagi orang-orang yg mana mperjuangkn agama Allah supaya jangan takut dengan ugutan dan cacian.kerana Allah bsama dengan mereka yg mperjuangkan agama suci ini.

Berbalik pada perbincangan kita.Adakah berkahwin awal satu tuntutan pada masa sekarang?persoalannya sekarang adakah seseorang yang muda yang umur meningkat ke 20 tahun dan telah menpunyai couple atau tidak tapi mepunyai keinginan untuk berkahwin awal adalah jalan terbaik buat remaja masa kini.?Adakah dengan kahwin awal dapat menyelamatkan dari segala kejahatan(maksiat) kepada Allah?.

Cuba kita lihat perkahwinan itu sendiri ialah menghalalkan segala yg haram, Menurut Saidina Abbas r.a, bahawa tidak sempurna ibadat seseorang kecuali apabila ia sudah berkahwin. Persoalannya adakah kahwin itu suatu ibadat??

Saidina Abbas lebih cenderung untuk meletakkan perkahwinan itu sendiri merupakan suatu ibadat, ataupun ia dikira sebagai suatu kesempurnaan bagi perlaksanaan ibadah.

Yang dimaksudkan oleh Saidina Abbas iaitu tidak tenang hati seorang hendak beribadat kepada Allah SWT kerana dorongan syahwat yang telah ditakdirkan kepada keturunan Adam, kecuali setelah ia berkahwin. Walaupun seseorang itu kuat melakukan ibadat, seorang tok lebai yang baik budi pekertinya dan berakhlak mulia, namun ia terpaksa mengakui keperluan yang telah ditakdirkan oleh Allah SWT dari segi nafsu syahwat, maka kedudukannya sebagai tok lebai itu belum boleh menjadi suatu jaminan melainkan ia kembali ke fitrahnya yang semula jadi itu untuk berkahwin.

Lebih-lebih lagi di zaman yang penuh pancaroba; buka jendela di pagi hari, sudah lihat perkara-perkara yang boleh mengoda perasaannya. Sedangkan di zaman Saidina Abbas r.a itu pun beliau telah merasakan tidak selamat tanpa berkahwin, betapa pula di zaman sekarang yang begitu banyak pendedahan perkara-perkara yang membangkitkan keinginan seseorang terhadap syahwat.

Oleh yang demikian perkahwinan menjadi suatu perkara yang sangat mustahak kerana ia akan menjadi perisai kepada keimanan.

Tidak sempurna suatu ibadat kecuali ia dilakukan dengan kelapangan hati. Kelapangan dan ketenangan hati akan lebih mudah dicapai setelah Seseorang itu menempuh perkahwinan. Jika seseorang itu memerlukan makan minum dan pakaian serta tempat tinggal bagi menjaga kepentingan fizikal, demikian juga nafsu syahwat yang Allah kurniakan itu juga memerlukan penyelesaian. Jika itu tidak dilakukan maka pastilah ketenangan hati sukar dicapai.

Pernah Saidina Abbas r.a menghimpunkan anak-anak lelakinya yang masing-masing telah remaja, lalu beliau berkata kepada
anak-anak remajanya itu:

"Wahai anak-anakku, jika kamu semua telah mempunyai keinginan untuk berkahwin, maka beritahulah kepada ku, Insya
Allah aku akan berusaha untuk mengahwinkan kamu., Kerana apabila seseorang manusia telah melakukan zina maka ketika itu Allah SWT cabut iman mereka dari hatinya."

Keimanan adalah suatu hidayah kurniaan Allah SWT kepada hamba-Nya. Sekiranya iman itu telah dicabut lantaran hamba
tersebut melakukan zina maka tidak mudah Ia hendak dibina kembali atau diperolehi semula. Kerana perbuatan zina itu adalah perbuatan orang yang fasik dan zalim yang tidak mendapat hidayah dari Allah SWT.

Demikian beberapa pendapat dan pandangan seorang sahabat Rasulullah SAW tentang perkahwinan dan keperluannya.,
Sesungguhnya banyak keterangan di dalam al-Quran tentang adab-adab nikah, dengan adanya ayat-ayat yang mendorong ke arah perkahwinan itu. Terdapat begitu banyak kisah para nabi-nabi yang menjelaskan kehidupan mereka bersama isteri-isteri serta mempunyai anak dan cucu.

Terdapat di dalam ungkapan dan doa para nabi yang bermohon kepada Allah SWT semoga Allah SWT mengurniakan kepada mereka anak-anak dan cucu sebagai seuatu yang menjadi tenang mata memandang (Qurrota Aaayun). Doa-doa tersebut membuktikan bahawa nabi-nabi atau orang yang soleh melakukan perkahwinan.

Rasulullah juga menjelaskan di dalam hadithnya yang bermaksudkan: "Sekiranya kamu mempunyai anak-anak perempuan yang sudah remaja, lalu datang seseorang yang datang meminang, jika kamu dapati laki-laki yang masuk meminang itu baik akhlaknya, agamanya dan sebagainya, maka segeralah kamu menikahkannya."

Hadith tersebut membayangkan ibu bapa mempunyai tanggungjawab untuk menikahkan anak-anak perempuan mereka yang
remaja, kerana untuk menjaga kebajikan anak-anak remaja itu dan melindunginyadengan perkahwinan itu agar ia terselamat
dan terjerumus ke lembah perzinaan yang membawa kepada keruntuhan akhlak dan iman.

Permasalahnya sekarang bila ditanya oleh couple2 jawapan yang mereka berikan “saya belum bersedia lagi” tapi apabila melihat kembali sudah pun bersedia keluar sekali,berpegangan tangan,jadi jawapan yg diberikan sama sekali tidak bersasas.bukankah itu menunjukan kesediaan kepada “ mukadimah zina”

Dalam hal ini Agama sudah jelas membawa kepada kita.dengan panduan yang baik demi kesejahteraan umat itu sendiri.Dalam konteks masalah ini banyak pandangan ulama dalam hal masalah ini.dengan banyaknya masalah sosial,rogol,s.mahram dan sebagainya.adakah masalah ini akan belanjutan sehingga generasi yang akan datang??dalam masalah ini saya bawakan pendapat Dr.Abdullah Nasih Ulwan yang menyarankan perkahwinan segera dan pengislahan persekitaran sahaja yang boleh menyelesaikan masalah sosial ini.tentu usaha kita terhad tanpa bantuan pihak berkuasa.

Perkahwinan adalah satu syariat,tuntutan dan kewajipan dalam membina masyarakat yang unggul.Allah s.wt telah mensyariatkan perkahwinan sebagai satu jalan keluar kepada pelbagai perkara.bukan bermaksud mensyariat kahwin awal bermaksud kawin di bawah umur mengikut undang-undang yng berbeza setiap Negara.Tiada sempadan umur layak berkahwin dalam islam.Usia “shabab” atau belia remaja dalah waktu sesuai untuk mendirikan rumah tangga berdasarkan seruan Rasulullah S.A.W

يا معشر الشباب من استطاع منكم البأءة فليتزوج فاءنه أغض للبصر و أحصن للفرج و من لم يستطع فعليه بااصوم فاءنه له وجاء

Maksudnya: “wahai pemuda(belia) sesiapa yang mampu dikalangan kamu untuk (berjima) maka berkahwinlah,sesunguhnya ia menundukkan pandangan kamu,memelihara kemaluan mu(kehormatan) dan bagi sesiapa dikalangan kamu yang tidak mampu dengannya adalah dengan berpuasa.sesungguhnya ia adalah pencegahnya”

Pada usia inilah tenaga ,kekuatan dan kehendak seks itu berkumpul. Rasulullah S.A.W juga menyarankan agar memilih pasangan yang di kalangan mereka yang muda kerana masing-masing akan melayan kehendak pasangan ,melaksanakan tangungjawab rumah tangga.Bagi wanita pula,inilah masa sesuai untuk melahirkan zuriat yang sihat dan genarasi yang baik demi kesejahteraan ummah.

Bagi permasalah ini pula akan timbul bagi pasangan yang tidak mampu dari segi ekonomi.kalau nak kawin kena ada duit.kalau tak macam mana nk tangung isteri dan anak2??melihat pemasalahan ini memang ia tidak dapat dinafikan ia adalah sangat penting tetapi kita perlulah berusaha melihat di hadapan dengan lebih positif.dan inilah yang di anjurkan dalam Islam.kerja dengan niat yang baik adalah ibadat.janganlah kita bimbang akan rezekinya.sebab tuhan yang memberikan rezeki.bahkan rezeki itu sendiri tidak akan datang melainkan kita berusaha bersungguh-sungguh.

SARANAN&HUJAH

Hujah yang mengalakkan kahwin segera awal boleh dikeluarkan dari dalil-dalil berikut:

وأنكحوا الأيامى منكم والصالحين من عبادكم وامائكم ان يكونوا فقراءيغنهم الله من فضله والله واسع عليم

Maksud firman Allah swt: “Dan kahwinlah orang-orang bujang diantara kamu dan orang-orang yang layak berkahwin dari hamba yang lelaki dan perempuan.Jika mereka miskin,Allah swt akan memberikan kemampuan kepada mereka dengan kurniaNya.Dan Allah Maha Luas pemberiannya lagi Maha Mengetahui”.

Al-Qurtubi menafsirkan ayat tersebut dengan menyarankan kepada penjaga agar memberikan kemudahan dan bantuan untuk melaksanakan perkahwinan mereka.

Arahan “kahwinlah” menunujukan mereka yang mempunyai kuasa dalam memberikan arahan.Tanggungjawab ini tepikul kepada penjaga sama ada lelaki atau wanita.

Jangalah sampai takutkan kemiskinan maka pihak yang dipertanggungjawabkan sangup mengahalang jagaannya dari berkahwin .Tidak sepatutnya bagi seseorang yang beriman dengan Allah swt meletakkan ketakutan sebegini kerana ia bukanlah merupakan suatu asas yng kukuh.

Dari Abu Hurairah r.a bersabda Rasulullah s.a.w: “Apabila meminang seorang lelaki yang kau redhai Agamanya,akhlaknya dan amanahnya maka kahwinkanlah ia,jika tidak dilakukan ,terjadilah ia fitnah dan kerosakan yang meluas”.(at-Tirmizi)

Jelas baginda menganjurkan kepada penjaga agar kahwinkan anak mereka dengan lelaki yang mempunyai agama,akhlak,amanah.ini kerana sifat tersebutlah yang menjamin sesuatu keluarga itu bahagia.ada pun meletakakan syarat-syarat tambahan di takuti memberatkan bagi jagaannya mencari jodoh seterusnya mebawa fitnah kerosakan di dalam masyarakat.

Dari Ali r.a sesungguhnya Rasulullah saw telah bersabda : “ Tiga perkara jangan kau tangguhkan,solat apabila tiba waktunya,mayat apabila sampai,dan bujang yang ditemukan sekufunya”.

Dari fatimah binti Qais , sesungguhnya Rasulullah saw telah megarahkannya mengahwini usamah bin zaid pada ketika itu berusia belum menjangkau 16 tahun.nikahlah kamu akan usamah bin zaid”maka aku enggan .kemudian Rasulullah saw bersbda “nikahlah dengan usamah binti zaid”. Maka aku nikahinya .maka Allah swt telah memberikan kebaikan kelapangan(Riwayat muslim)

Dari saidina Umar bin al-Khattab r.a sesungguhnya telah berkata: kahwinlah anak-anak kamu apabila sampai baligh,janganlah kamu menanggung dosa-dosa mereka.

(disebut oleh ibnu jauzi dalam Ahkam An-Nisa)

jelas pada kita bahawa Nabi telah memberi garis panduan yang jelas kepada kita.dan nabi juga memahami keinginan remaja apatah lagi dengan nafsu yang kuat.Nabi memberi kaedah seperti puasa.dengan berpuasa dapat menahan dari seseorang dari mengikut hawa nafsu. Seperti pepatah “nasfu kamu jika tidak disibukan dengan Allah maka ia akan mennyibukkan dirimu dengan perkara-perkara batil”.dengan itu jelas bahawa perkahwinan di usia muda adalah satu rahmat kebaikan dan dapat menyelamatkan seseorang itu dari fitnah dan maksiat.antara-antara kelebihan-kelebihan perkahwinan awal adalah mendekatkan diri kepada Allah swt dan agama.adalah ibadat dan sempurna ibadat dengan berkahwin, menjaga dan menyelamatkan hubungan sesorang itu dengan ikatan yang sah dapat melahirkan zuriat dan keturunan yang baik,menjaga dari hilangnya kemanisan perkahwinan itu,masa dengan pasangan adalah lebih dan dapat merancang dengan baik, budaya “ becouple” ketika kahwin adalah terbaik.

Cuti Aidilfitri

Alhamdulillah....
hari ni bermulalah cuti bagi hari raya aidifitri...
Persiapan pun dah hampir 70 peratus...cume nak tambah sikit2 je lagi....
Kepada semua teman,jemputlah datang kerumah.....(",)

Kaulah Segalanya

Kau merubah segala
Cinta yang ku dahaga
Kehadiran dirimu
Menyinari,mekar semula hatiku....

Kau lukis hidupku
Kau hias hatiku
Kau sambut cintaku
Tulus ikhlas
Suci hatimu kasih....

Kaulah segalanya
Yang menyinari hidupku kasih
Hanya satunya
Yang kucintai....

Sambutlah cintaku
Jangan kau pergi dari sisi ku
Cintaku padamu
Ikhlas sejati....

Hulur tanganmu kasih
Sambut cintaku
Jangan tinggalkan daku
Seorang diri
Tak sanggup lagi dilukai....

Maafkan daku
Jika salahku
Peristiwa yang pernah ku alami dulu
Aku tahu betapa pahit mu
Menerima sejarah hidupku oh....

Kaulah segalanya
Yang menyinari hidupku kasih
Hanya satunya
Yang kucintai....

Sambutlah cintaku
Jangan kau pergi dari sisiku
Cintaku padamu
Ikhlas sejati......

Friday, September 19, 2008

Menjejak Lailatul Qadar

Sedar tak sedar Ramadhan dah pun hampir melabuhkan tirainya...
Rasa sedih je...Mungkin Ramadhan kali ni merupakan Ramadhan terakhir kita...
Manala tau nanti terus je dapat seruan kembali kepadaNYA....
Jadi di sepuluh malam terakhir ni tingkatkan amalan dan perbanyakkan solat malam dan juga amalan sunat yang lain,...Semoga kita dapat menjejak malam Lailatul Qadar tahun ini!!!

Amin......

JAUH

Sepi jiwaku sepi
Kerna kau tiada disisi
Sunyi hatiku sunyi
Tanpa kehadiranmu

Doaku semoga
Dirimu bahagia

Aku yang kini jauh
Tanpa keampunanmu
Hilang antara kita
Kan terlerai akhirnya
Bersama kasih kita dan cinta

Moga berbahagia
Meniti harimu yang indah
Sepi aku nanti tiba
Saatnya kita kan bersama

Doaku semoga
Dirimu sejahtera

Aku yang kini jauh
Tanpa keampunanmu
Hilang antara kita
Kan terlerai akhirnya
Bersama kasih kita dan cinta

Jauh kita terpisah
Dibatasi jarak dan masa
Dirimu tak pernah ku lupa
Terus ku nanti setia
Saat indah kita bersama...

Wednesday, September 17, 2008

Nuzul AL-QURAN

Hari ni merupakan hari yg istimewa setiap kali Ramadhan menjelma.Ini kerana hari ni kita menyambut Nuzul Quran bersempena dengan turunnya Al-Quran di bulan Ramadhan yang mulia ini...Oleh itu marilah kita sama2 membaca Al-Quran dan menjadikannya sebagai amalan wajib dalam kehidupan kita seharian...Bersama menerangi kehidupan dengan mukjizat agung Nabi junjungan kita Muhaammad S.A.W.....(",)

ALBUM terbaru dari SUHAIMI berjudul 'KALAMAK'


Dapatkan ALBUM terbaru daripada Suhaimi yang berjudul 'KALAMAK'...
Tempahan bolehla dibuat di www.suhaimi.com.my...

MUHASABAH RAMADHAAN

Album : Nur Syawal
Artis : Unic


Hari raya hari kemenangan
Hari kesyukuran dilimpahi kemuliaan
Di lipatan seni mehnah
Ada maksud murni yang lebih hakiki

Pada nafsu yang dilentur lapar dahaga
Pada fikiran disinar wahyu dan sabda
Pada hati bersih di solat tarawih
Apakah semuanya telah dimiliki

Puasa mengajar erti ketabahan
Menghadap ujian berlandaskan iman
Puasa perisai yang sangat maknawi
Penyinkap hijab antara hamba dengan Illahi

Puasa sempurna menahan rohani dan rasa
Puasa sederhana menahan indera dan juga anggota
Puasa biasa hanya melawan lapar dan dahaga
Lalu di manakah puasa kita
Adakah masih di tahap lama

Lalu muhasabah di hujung Ramadhan
Sudahkah terbangun jiwa teguh dan kukuh
Atau kolam jiwa masih tercemar keruh
Bersembilu dosa duri angkara

Ketika bertahmid, bertakbir, bertasbih
Terasakah ita hamba Illahi
Yang hanya mampu mengukir tadbir
Sedangkan padaNya segala takdir

Salam Ramadhan

Alhamdulillah...
minggu ni dah masuk minggu ketiga kita semua berpuasa...
jadi doakan la semoga amalan Ramadhan kita kali ini diterima....


AMIN....

Saturday, August 9, 2008

haiii

dah lme tak post something kat sini,....
lgpun abk bz skrg ni,..smlm je pun baru balik dari wat rsearch sal cstomer satisfaction,...
alhamdulillah sumenye brjln lncar,...
thank you kpda sume yg bg krjsama kat kitorang semalam,...
waaa,...lupe plak.....esok kne bngun awal nak gi family day indybs,....






syukran

Saturday, July 26, 2008

Kasih Ibu

Engkau yang aku rindu
Engkau bertakhta di hatiku

Segalanya hanya tinggal kenangan
Pergi seorang insan yang amatku sayang
Limpahan kasih sayangmu selautan rinduku
Yang pasti kau takkan kembali

Ya Tuhanku
Tabahkanlah menghadapiDugaan-Mu

Rahmatilah... Oh ibu
Seharum semerbak kasturi
Sedingin air di kali
Curahan kasih suci yang kau beri
Selamatlah ibu di sana mengadap
Allah Yang Esa
Doaku agar engkau bahagia

Engkaulah permata hati
Mendidik mengasuh kami
Bertarung nyawa demi kasih suci

Sungguh murni hati ibu
Menempuh onak berliku
Peritmu tiada siapa yang tahu

Ketenangan membaca AL-QURAN

Hadis Al-Bara' bin Aazib r.a katanya: Seorang lelaki sedang membaca surah Al-Kahfi dan bersamanya seekor kuda yang terikat dengan tali yang panjang, tiba-tiba kepulan awan datang menutupi kuda dan berputar di sekitar kudanya, keadaan ini membuatkan kudanya lari. Apabila tiba waktu pagi beliau datang menemui Nabi s.a.w dan memberitahu hal tersebut kepada baginda, lalu baginda bersabda: Itulah ketenangan yang diturunkan kerana Al-Quran

Friday, July 25, 2008

Kenapa mesti tidak meminum COCA-COLA

Walaupun ada di antara kita yang tak minum coca cola sebab Boikot atau apa, tapi apa yang penting memang ada cerita di sebalik COCA-COLA. Tahu tak bahawa COCA_COLA ni sebenarnya dari UBAT Batuk?
Tak percaya, baca ni...

URL Artikel ni dipetik:http://inventors.about.com/od/cstartinventions/a/coca_cola.htm

John Pemberton was the inventor of Coca ColaIn May, 1886, Coca Cola was invented by Doctor John Pemberton a pharmacist from Atlanta, Georgia. John Pemberton concocted the Coca Cola formula in a three legged brass kettle in his backyard. The name was a suggestion given by John Pemberton's bookkeeper Frank Robinson.

Birth of Coca ColaBeing a bookkeeper, Frank Robinson also had excellent penmanship. It was he who first scripted "Coca Cola" into the flowing letters which has become the famous logo of today.The soft drink was first sold to the public at the soda fountain in Jacob's Pharmacy in Atlanta on May 8, 1886.

About nine servings of the soft drink were sold each day. Sales for that first year added up to a total of about $50. The funny thing was that it cost John Pemberton over $70 in expanses, so the first year of sales were a loss.

Until 1905, the soft drink, marketed as a tonic, contained extracts of cocaine as well as the caffeine-rich kola nut.

Asa CandlerIn 1887, another Atlanta pharmacist and businessman, Asa Candler bought the formula for Coca Cola from inventor John Pemberton for $2,300.

By the late 1890s, Coca Cola was one of America's most popular fountain drinks, largely due to Candler's aggressive marketing of the product. With Asa Candler, now at the helm, the Coca Cola Company increased syrup sales by over 4000% between 1890 and 1900.

Advertising was an important factor in John Pemberton and Asa Candler's success and by the turn of the century, the drink was sold across the United States and Canada. Around the same time, the company began selling syrup to independent bottling companies licensed to sell the drink. Even today, the US soft drink industry is organized on this principle.

Death of the Soda Fountain - Rise of the Bottling IndustryUntil the 1960s, both small town and big city dwellers enjoyed carbonated beverages at the local soda fountain or ice cream saloon. Often housed in the drug store, the soda fountain counter served as a meeting place for people of all ages. Often combined with lunch counters, the soda fountain declined in popularity as commercial ice cream, bottled soft drinks, and fast food restaurants became popular.

NEXT ARTIKELhttp://www.geocities.com/heartland/4269/history.htmlThe world has changed in many ways since pharmacist, John Styth Pemberton first introduced the refreshing taste of Coca-Cola in Atlanta, Georgia. However, the pure and simple magic of one thing remains the same - Coca-Cola. The name and the product mean so many things to hundreds of millions of consumers around the globe. Coca-Cola products are served more than 705 million times every day, quenching the thirsts of consumers in more than 195 countries in every climate. That's a long way to come after such a modest beginning...

May 1886 - Pemberton concocted a caramel-colored syrup in a three-legged brass kettle in his backyard. He first "distributed" the new product by carrying Coca-Cola in a jug down the street to Jacobs Pharmacy. For five cents, consumers could enjoy a glass of Coca-Cola at the soda fountain. Whether by design or accident, carbonated water was teamed with the new syrup, producing a drink that was proclaimed "Delicious and Refreshing." Dr. Pemberton's partner and bookkeeper, Frank M. Robinson, suggested the name and penned, in the unique flowing script that is famous worldwide today, "". 1886 - Sales of Coca-Cola averaged nine drinks per day. That first year, Dr. Pemberton sold 25 gallons of syrup, shipped in bright red wooden kegs. Red has been a distinctive color associated with the No. 1 soft drink brand ever since. 1891 - Atlanta entrepreneur Asa G. Candler had acquired complete ownership of the Coca-Cola business. Pemberton was forced to sell because he was in a state of poor health and was in debt. He had paid $76.96 for advertising, but he only made $50.00 in profits. Candler acquired the whole company for $2,300. Within four years, Candler's merchandising flair helped expand consumption of Coca-Cola to every state and territory.

1893 - In January "Coca-Cola" was registered in the U.S. Patent office.
1894 - The first syrup plant outside of Atlanta was opened in Dallas.
1899 - Chandler's great achievement -- large scale bottling of Coca-Cola
1906 - The first two countries outside the United States to bottle Coca-Cola were Cuba & Panama
1915 - The Root Glass company created the Coca-Cola contour glass bottle.
1917 - 3 Million Coke's sold per day. "" is the worlds most recognized trademark.
1919 - The Coca-Cola Company was sold to a group of investors for $25 million.
1923 - The Coca-Cola Company was sold after the Prohibition Era to Ernest Woodruff for 25 million dollars. He gave Coca-Cola to his son, Robert Woodruff, who would be president for six decades. Woodruff's leadership took the business to unrivaled heights of commercial success, making Coca-Cola an institution the world over. Woodruff was an influential man in Atlanta because of his contributions to area colleges, universities, businesses and organizations. When he made a contribution, he would never leave his name, this is how he became to be known as "Mr. Anonymous."

During the Woodruff era, Mr. Woodruff made a promise to the armed forces of the United States to supply Coca-Cola to every serviceperson. He said that costs and location did not matter, he supplied 5 billion bottles to the service.

Robert Woodruff did have one dubious distinction, he raised the syrup prices for distributors. But he improved efficiency at every step of the manufacturing process. Woodruff also increased productivity by improving the sales department, emphasizing quality control, and beginning large-scale advertising and promotional campaigns. Woodruff made Coke available in every state of the Union through the soda fountain. For all of these achievements he earned the name, "The Boss"

More fun facts and triviaCoca-Cola can be used to bake a ham. Pour one can into the baking pan, rap the ham in aluminum foil, and bake. Thirty minutes before the ham has finished cooking, remove the foil, allowing the drippings to mix with the Coca-Cola to make a delicious brown gravy.

Mexico and Iceland have the highest per capita consumption of Coca-Cola.

Coca-Cola translated to Chinese means, "To make mouth happy".

Every second over 7,000 Coca-Cola products are consumed.

The tallest Coca-Cola bottling plants are in Hong Kong. The plant in Quarry Bay is 17 floors, and the plant in Shatin is 25 floors. The bottling plant at the highest elevation in the world is located in Bolivia, at 12,000 feet.

The world's longest Coca-Cola truck is in Sweden. It is 79 feet long with a four-azle trailer.

The best selling non-carbonated soft drink in Japan is a product of The Coca-Cola Company named "Georgia", a coffee flavored beverage. Coca-Cola first crossed the Atlantic on board the Graf Zeppelin, the German dirigible.

The Varsity Restaurant in Atlanta, Georgia, has earned the distinction of serving the highest volume of Coca-Cola anywhere. It dispenses nearly 3 million servings of Coca-Cola annually.

If the Coca-Cola company constructed a sign like the ones McDonald's uses to count their millions of customers, by 1983 it would have read "over 1 trillion served."

If all the Coca-Cola ...ever produced were in 6 1/2 oz. bottles and placed end to end they would wrap around the earth more than 11,863 times.

sold in 1994 were in 8-ounce bottles laid end-to-end, those bottles would reach to the moon and back 76 times.

vending machines in the U.S. were stacked one on top of each other, the pile would be over 450 miles high. ever produced were to erupt from "Old Faithful" at its normal rate of 14,000 gallons per hour, the geyser would flow continually for 1,577 years.

products sold in 1994 were flowing over Niagara Falls at its normal rate of 1.5 billion gallons per second, the falls would flow for three hours.

The Coca-Cola Company began bottling operations in ... ...

1907in Hawaii. ...
1912 in the Philippines. ...
1920 in France. ...
1927 in Belgium, Bermuda, Colombia, Honduras, Italy, Mexico, Haiti and Burma. ...
1928in Antigua, China, Guatemala, Holland, Spain, Venezuela, and the Dominican Republic. ... 1929in Germany and Spanish Morocco. ...
1938Australia, Austria, Gutana, Surinam, Jamaica, Curacao, Luxembourg, Norway, Scotland, South Africa, The Virgin Islands, and Trinidad. ...
1940 in Ecuador, and El Salvador. ...
1942in Nicaragua, Argentina, Brazil, Costa Rica, Iceland, and Uruguay. ...
1945in Egypt, and Martinique ...
1946in Barbados, Japan, and Okinawa ...
1947in Morocco and Tangier ...
1948 in Liberia, Rhodesia, and Guadeloupe

so all of you should know what is COCA-COLA..........

Thursday, July 24, 2008

sihir melalui 'SMS',.....REALITI @ FANTASI...??

ASSALAMUALAIKUM,.....

Awas kalau terima SMS yang susah nakdibaca, tulisan tonggang terbalik.Dapat je SMS macam tu segeralah delete. Jangan gatal nak baca, jangan gatal cari orang pandai suruh tolong baca atau tolong tafsir, sebab rupanya sekarang ni sihir boleh dihantar melalui SMS.

Saya terkejut bila tahu benda ni dan semakin tak terkejut bila baca akhbar yang melaporkan. Selalu dengar cerita orang je, tapi bila dilaporkan oleh akhbar bahawa sihir boleh dihantarmelalui SMS, saya terpanggil untuk menyebut di sini supaya ambil beberapa langkah supaya tak terkena.

Sihir ni ada. Ia permainan setenga horang sejak zaman berzaman. Kita cuba elak sebab kalau dah kena, susah nak cakap lagi. Dan kita belajar dari orang yang pernah kena dan orang yang tolong mengubati orang yang dah kena.Motivasi tak jadi kalau sihir mendahului. Ingat tu...!

Seorang wartawan akhbar Bacaria melaporkan bahawa seorang ustaz menceritakan usahanya membantu seorang yang terkena sihir sebaik saja baca SMS yang sukar dibaca, ditulis dalam bentuk simbol,kalau ada huruf pun tonggang terbalik,macam huruf Mesir purba gitu. Bila dibaca je terus kena. Maka ustaz tu,nama Ustaz Ahmad Dasuki Abdul Ghani mengajar satu tips untuk elak sihir.

Kata dia, baca 3 Qul dan ayat Kursi sebelum tidur, sebab sihir cukup power sekitar jam 3 hingga 4 pagi. Ketika inilah hampir semua orang sedang nyenyak tidur, kecuali yang tengok bola,memang selalunya akan kena.

NAUZUBILLAH........

Sumber: Dr. HM Tuah Iskandar al-Haj

Ustaz, Perli Siapa? 'Orang Itu' Ke?


'SOALAN:
Pada masa mutakhir ini, ramai cerdik pandai agama kita keluaran dalam negara mahu pun luar negara. Ada antara mereka dari Mesir, Madinah mahu pun Jordan. Begitu juga keluaran Universiti Malaya (UM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Kadangkala pendapat mereka berbeza. Sukar saya memilih mana satu pendapat yang betul. Apa nasihat tuan?– Umat Keliru, Mentakab.

JAWAPAN:
Nasihat saya mudah sahaja, cari yang betul-betul mantap ilmu mereka. Lihat juga akhlak mereka. Justeru ramai lepasan agama (tidak semuanya ulama) yang ilmu mereka masih mendatar (cetek), ada juga yang akhlaknya boleh dipersoalkan, belum memiliki akhlak ulama sebenar. Ada antara mereka yang terlalu penakut dan ada juga yang terlalu berani. Saya berpendapat yang seimbang dan sederhana daripada segi ilmu dan akhlak itu yang lebih baik.Berilmu tetapi jumud, berani tetapi kurang ilmu, emosi tak bertempat dan pelbagai lagi sifat negatif golongan agama ini...kesemuanya harus diambil pertimbangan.Kepada penanya, ingin saya perbetulkan, bukan semua lulusan ugama (sekadar ada B.A. atau M.A. hatta P.hD) boleh digolongkan sebagai ulama. Paling merisaukan, mereka yang hanya ada ilmu separuh. Kadangkala kokok mereka lebih.Syaikh Muhammad al-Ghazali pernah menegur mereka yang belajar ilmu hari Sabtu, pada hari Ahad sudah mengajar, hari Isnin sudah ditabal mahaguru atau syeikh atau ulama besar, (apabila sudah berserban dan berjubah atau memakai title ustaz), hari Selasa dengan berani menegur orang itu dan sianu, kononnya mereka tokoh, aku pun tokoh. Berani tanpa segan menegur semua perkara yang dia pun jahil mengenainya.Ulama separuh jalan seperti inilah kadangkala –kata Muhammad al-Ghazali- menjadi tumpuan ramai, kerana gambaran zahir, berjubah singkat dan berjanggut lebat contohnya, berani mempertikaikan segala perkara. Pertikaian remeh temeh ini subur, pada masa Islam disingkirkan dalam perkara dasar. Lalu ulama berbicara tentang hukum membatal wuduk, atau bolehkah Allah dilihat dengan mata di akhirat kelak. Mereka banyak berhujah tentang darah haid dan hukum menyimpan misai.Mereka yang tidak ingin Islam menjadi dasar kehidupan akan menjadi lebih seronok dalam keadaan begini berlaku, jika orang ramai tenggelam dalam perbincangan yang mandul begini. Kumpulan anti Islam, mereka tidak selesa apabila ada ulama yang mula bercakap tentang perkhidmatan negara untuk umum atau untuk individu? Kenapa kekayaan negara hanya berligar di sekitar beberapa kerat kumpulan? Apakah manusia perlu hidup bebas atau takut-takut?Adalah ulama palsu namanya, jika asyik berbincang tentang hukum menyentuh perempuan batal wuduk atau tidak, daripada membincangkan wajib atau harus mengambil bahagian dalam pilihan raya. Apa sumbangan orang Islam atau agenda ‘menghadhari’ tamadun dunia, tak kira apa nama, Islam hadhari atau hadharah Islamiah.Masyarakat kita banyak disogok oleh ulama separuh masak ini dengan isu-isu kecil, pendapat lemah dan mazhab menyusahkan, malah tidak dapat memahami isu-isu semasa. Mereka memberi fatwa dalam realiti yang sudah berbeza. Dalam bahasa yang mudah, mereka jahil dengan “fiqh al-waqi”, kefahaman tentang realiti terkini.Satu lagi ‘kejahilan’ mereka yang menolak pandangan imam-imam mazhab, kononnya mahu mencedok sendiri daripada al-Quran dan hadis. Memang Islam tidak menyuruh kita fanatik kepada mana-mana mazhab, tetapi lebih teruk lagi mereka yang berijtihad tanpa kelayakan. Bagaimana boleh berijtihad, jika nak memahami dalil pun belum tahu.Kita bosan dengan tohmahan kononnya Imam Malik tidak tahu hadis istiftah, atau Abu Hanifah tidak menyuruh pengikutnya baca basmalah ketika menjadi makmum, atau bersembahyang selepas menyentuh kulit perempuan. Berani mereka mengatakan Imam Malik dan Abu Hanifah Jahil hadis, atau Imam Shafi‘i jahil. Siapa mereka ini?Ulama al-Azhar yang dulu-dulu (termasuk di Malaysia), mampu menyelesaikan fitnah seperti ini, setelah mereka belajar Islam; memahami pendapat salaf dan khalaf, belajar berbagai-bagai kitab tafsir dan kitab hadis. Tetapi mereka yang baru pandai ini terutama mutakhir ini, hanya masih bertateh bahasa Arabnya, hanya baru belajar satu dua buah kitab hadis atau tafsir, sudah berani menyerang ulama itu dan ini, satu perbuatan yang kurang berakhlak dan tidak beradab.Beberapa orang yang sekadar tahu membaca beberapa buah hadis sudah berani mengakui tahu akan Islam semua sekali, satu keangkuhan namanya.Justeru itu, kita harus bersangka baik kepada semua ulama kita yang benar; ada di kalangan mereka yang bersifat lembut, ada juga yang agak bersikap keras. Tetapi tujuan mereka semua memberi panduan kepada orang ramai. Mereka ulama pembimbing (mursyid).Jangan kita asyik bersangka buruk kepada orang lain. Kadangkala mereka itu jauh lebih baik daripada diri kita yang kita sangka serba tahu ini. Ada mereka yang suka memberi nasihat secara lembut kerana ia mungkin lebih berkesan dan ada juga mereka yang suka bercakap secara kasar dan keras kerana boleh memberi kesan.Tetapi saya berpendapat, fitrah manusia tidak suka mereka diserang dengan keras. Saya masih ingat cerita buku sekolah rendah tahun 60-an (maaf contoh kurang elok) cerita dua jenis angin, angin ribut dan angin sepoi-sepoi bahasa yang menunjukkan kekuatan masing-masing. Angin ribut dengan kuat meniupkan si beruk yang sedang berpaut di sebatang pohon kayu. Makin kencang tiupan angin itu, makin kuat si beruk berpegang kerana takut jatuh.Apabila tiba giliran angin sepoi bahasa dengan lembutnya menghembus bayu sejuk kepada si beruk itu, sehingga dia rasa mengantuk, lalu jatuh. Moral cerita ini, tidak semua yang keras itu berhasil dan tidak semua yang lembut itu tidak menjadi.Kelibat tokoh hebat pun ada berbagai-bagai ragam, dari Ibn Taymiyyah yang keras sampai kepada al-Ghazali yang lebih lembut, para fuqaha yang garang, ahli sufi yang lembut, hingga Imam Ahmad dan membawa kepada al-Syafi‘i. Mereka berbeza cara dan gaya.Usahlah kita membelah bagikan ulama kita kepada banyak kumpulan, kerajaan atau pembangkang. Mereka yang berpegang kepada kebenaran, itulah ulama sebenar. Jangan dilihat mereka salaf atau khalaf, ahli fikah atau ahli tafsir, yang ikhlas jua diterima amalan mereka.Saya harap anda sudah ada kayu ukur menilai ulama terhadap keilmuan dan kesalehan mereka, bukan apa parti mereka, apa mazhab mereka, apa bangsa mereka atau kumpulan mana mereka ini. Jika inilah kayu ukurnya, orang itu masih tergolong puak fanatik yang dilarang agama. Wallahualam.********Ulasan saya: Entah di mana saya pernah bertemu inilah juga inti kata al-Marhum Ustaz Wan Saghir - yang ikhlas membawa umat kepada agamalah yang benar.Ikhlas ya, tapi ikhlas itukan sukar diuji. Kalau saya, akan saya tambah sedikit pada frasa 'Mereka yang berpegang kepada kebenaran, itulah ulama sebenar', bahawa: Kebenaran itu diukur pula dengan dua ayat dan dua hadis (paling minimum) ini:Dua ayat al Quran ini sangat berhubungan (perhatikan pada tulisan yang dihitamkan) -al-Waqi'ah: 77-79"Sesungguhnya ia adalah al-Quran yang mulia. Tersimpan kemas pada kitab yang terpelihara (luh mahfuz). Tidak menyentuhnya (memahaminya) melainkan orang-orang yang disucikan."Istilah muthoharrun dalam ayat di atas adalah isim maf'ul (orang yang kena suci) jadi 'bukan orang yang bersuci'. Siapa orang yang disucikan kalau begitu? Kaitkan dengan ayat di bawah ini.al-Ahzab: 33"Sesungguhnya Allah bermaksud semata-mata mahu menghilangkan dosa dari kalian semua wahai ahlul bait dan mensucikan kalian sesuci-sucinya."dan hadis -Daripada Abu Said al-Khudri, sabda Nabi saw:Sesungguhnya akan hampir aku dijemput pulang dan aku pasti menyahutnya. Sesungguhnya aku meninggalkan buat kamu dua perkara yang amat berat (berharga): Pertama adalah kitab Allah tali yang terentang dari langit ke bumi. (Dan yang kedua) ialah keluargaku iaitu ahlul baitku. Sesungguhnya yang maha mengetahui, mengkhabarkan kepadaku bahawa keduanya tidakkan terpisah hingga ia kembali kepadaku di telaga al-Haudh. Lihatlah bagaimana kamu memperlakukan terhadap keduanya.juga hadis -Tirmidzi meriwayatkan daripada Umar bin Abi Salamah telah berkata: Setelah turun ayat Tathir (ayat 33 surah al Ahzab) kepada Nabi di rumah Ummu Salamah, baginda terus memanggil Ali, Fatimah, Hasan dan Husin lalu menyerkup mereka dengan kain seterusnya bersabda: 'Ya Allah mereka ini adalah ahlul baitku dan prang-orang khususku. Hilangkanlah daripada mereka noda dan sucikanlah mereka sesuci-sucinya.'Setelah itu Ummu Salamah berkata: 'Dan aku bersama mereka?'Nabi menjawab: 'Kamu berada di dalam kebaikan.'Dan ustaz, kalau saya beri hujah begini sebagai tambahan kepada ayat ringkas ustaz itu akan ada orang marah, dan tuduh saya macam-macam kerana mereka tak mahu berfikir, menggunakan akal. Allah ada mengatakan orang begini dalam ayat 10 surah al Mulk:'Dan mereka (penghuni neraka) berkata: Kalaulah dahulu (semasa di dunia) kami mendengar atau menggunakan akal pastilah kami bukan tergolong sebagai penghuni neraka Saiir.'Kalau sayalah ustaz, saya akan jawab begitu. Kerana jawapan yang tidak habis tidak menjawab kekeliruan 'Umat Keliru' dari Mentakab itu.

Tuesday, July 22, 2008

Nasyid@uitm kelantan

insyaALLAH tak lama lagi uitm kelantan akan mempunyai grup nasyidnye yang akan mewakili uitm kelantan dalam jemputan pertandingan yang diterima...
nashriqzulkifli pun tengah dalam proses untuk mencari ahli,...
mungkin pada awalnye kami bertatih dahulu untuk mencari nama dalam industri nasyid tanah air....paling penting matlamat kami hanya satu iaitu berdakwah melalui nasyid...
insyaALLAH,....

Tuesday, July 15, 2008

PRAY

each day we say
each day we pray
ALLAHU ALLAH
ALLAHU ALLAH

every morning every day
dont forget to pray
pray to ALLAH
pray to ALLAH
pray to ALLAH

spent a little time in the noon
to pray to Allah
pray to ALLAH
pray to ALLAH
pray to ALLAH

find the true light in the night
pray to ALLAH
pray to ALLAH
pray to ALLH

the five solat is the must
obligation to all of us
HE's de one
HE's de one
HE's de one
ALLAHU ALLAH..............

kursus pengurusan organisasi @ Damai Beach Resort terngganu

Hai sume,...
Semalam saya baru je dapat tau yang saya ni kene menyertai kursus pengurusan organisasi...
Sedih la jugak cz badan pun rase lesu lagi,... tapi trpksela gi jugak mewakili intelectual dynamic
business society a.k.a indybs yg juga mrupakan society bdk2 bsnes... nak wat cmne,...
da memg komitmen slepas dfkirkan knela join jgk,...mybe bleh dpat pglman baru,...
ade khbar gmbira mgkin kpda pmnat hafizhamidun@uitmkelantan ,....insyaALLAH bulan
Ramadhan ni saya akan mmbwa hafizhamidun ke sini untuk mjlis brbuka puasa,...tapi prkara ni masih dlm prbncngan lg oleh krna TP HEP uitm kelantan belum lagi meluluskanprogram ni,...
walaubagaimanapun saya selaku pengarah projek akan berusaha untuk merealisasikan ape yang dirancang ini berjaya,...perkembangan tentang program ni akan sy khbarkan dari masa ke semasa,.....

doakanla ye...(",)

Monday, July 14, 2008

Assalamualaikum

Hari ni sepatutnya ade kelas tapi badan rase xlrat sangat,...
So semalam terus decide nak drive balik rumah,....
Alhamdulillahla rase sihat cket selepas bangun pagi tadi,...tapi tubuh masih lemah...
xtaula nape maybe sebab banyak keje sangat kot,....
yang penting doakan saya sihat selalu ye,...
thanks sume,.......

nashriqzulkifli

new ride for me


kasih belum termiliki

Kasih Belum Termiliki(unmixed)

Telah aku renangi lautan bergelora
Hanya untukku menggenggam kasihmu
Telah ku persembahkan seluruh rona jiwa
Jadi bingkisan semahu kau pinta

Apa lagi perlu aku perkorbankan
Buat membuktikan niat ini akan terzahir ke mata
Apa lagi perlu aku laksanakan
Untuk kau selami dan mengerti kejujuran perasaan

Keperitan rintangan persis mawar berduri
Petanda kasih belum termiliki

Jika ku masih gagal meyakinkan sebuah keikhlasan
Khabarkanlah mana kesilapanku...

Song: Hafiz Hamidun
Lyric: Ad Samad & Hafiz Hamidun

thank you

Thank You (this song also dedicated to a person)

Thank you
For simply being there
On the cloudy days
On the sunny days...

Thank you
For sharing your joy’s
And pain with me
For showing me
That’s I’m so special
That’s my contribution count
Through our friendship
I have grown as a person
And I hope you have too
Thank you, thank you, thank you
Just for you

Thank you
For simply being my friend
For the special memories
We share together now
For the never ending support
You always give me…friend…

I will always love you
I can’t tell you how much
That you mean to me
Ipray for our everlasting friendship
Never ever say goodbye to yesterday
Cause yesterday was so special and wonderful
And I hope tomorrow will be better

Thank you for everything……..