CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, June 30, 2009

Hadirnya...

Inilah antara hasil karyaku...Terimalah

Hadirnya

Telahku serahkan segala hanya padamu
Telahku persiap jiwa dan raga tuk jadi milikmu
Kanku serah sepenuh hati yang sirna

Hadirnya
Mengisi ruang kekosongan
Hadirnya
Menjadi penyeri kala kesunyian

Liku2 perjalanan beronak duri
Ku tempuh jua demi cintaNYA

Hadirnya
Mengisi ruang kekosongan
Hadirnya
Menjadi penyeri kala kesunyian

Ooo..
Hati merindu hadirnya teman
Jadi inspirasi dalam kiblatnya

Hadirnya mengisi ruang kekosongan...kekosongan
Hadirnya menjadi penyeri kala…penyeri kala
Dan hadirnya memberi inspirasi hati
Penawar duka lara

Menyingkapi redha Ilahi
Dalam cintaNYA


Lagu & lirik: nashriqzulkifli

Wednesday, June 24, 2009

Rejab

Alhamdulillah,hari ni dah pun kita memasuki bulan Rejab.Sepertimana diketahui bulan Rejab
merupakan antara bulan yang mulia dalam Islam.Dan kita juga disunatkan untuk memperbanyakkan berpuasa sunat.

Pengertian bulan Rejab...
Rejab memberi makna kebesaran atau kemuliaan dan ia membawa maksud bulan yang dibesarkan atau dimuliakan. Masyarakat Jahiliyah menamakan bulan ini dengan bulan Rejab kerana mereka memulia dan menghormati bulan ini dengan mengharamkan berperang di dalamnya. Dan Rasulullah SAW mengekalkan nama ini dan mengharamkan pertumpahan darah di bulan Rejab. Dan bagi umat Islam, kita memperingati dan memuliakan Rejab sempena dengan peristiwa besar yang berlaku kepada Rasulullah SAW iaitu peristiwa Isra' dan Mi'raj.
(sumber:www.al-azim.com)

Tuesday, June 23, 2009

Menjelang Julai 2009...

Sepertimana yang diketahui Julai merupakan bulan dimana bermulanya semester baru.
Pada 4 Julai nanti,usia pembelajaranku sudahpun berada di tahun akhir...Fuhhhh,sungguh cepat masa berlalu.

Tapi harus diingat...

Aku harus menyambung pelajaran ke peringkat seterusnya....

p/s:moga hidupku terus sukses selalu di bawah limpahan rahmatNYA...Amin

Wednesday, June 17, 2009

kenangan OPKIM PERDANA 2009

Walaupun dah tiga hari berlalu tapi kenanganku di kg Tok Deh tetap segar je...
InsyaAllah ada ketika nanti akan tiba juga ku kesana..

p/s:rindukan suasana Kg Tok Deh(",)

Monday, June 8, 2009

OPKIM???

11 hingga 14 ni ade OPKIM plak ni..Aduiii,
berat je rase nak pergi tapi kena jugak menghadirkan diri..
Nak kena fikir pasal persembahan lagi ni...