Assalamualaikum...
Alahai,..sedar tak sedar tak sampai sebulan sahaja lagi untuk kita meninggalkan tahun 2010. Banyak kenangan pahit manis dan yang paling penting ianya mendewasakan diri. Biar pun masih lagi bertatih untuk meneruskan langkah yang mengubah segalanya. Kata orang tanpa langkah pertama tiadalah langkah tercipta ye..
Banyak pulak berceloteh..huhu(",)... Nak kongsi dengan kalian semua pagi ni saya akan berangkat ke Shah Alam untuk mengambil jubah..hoho,,, Alhamdulillah, saya sudahpun menamatkan titian pertama ke mercu kejayaan. Nak share lagi ngan korang bahawasanya Istiadat Konvokesyen yang akan saya hadiri adalah pada 06 Disember 2010...macam-macam ada dalam benak sanubari ini. Yang penting moga dipermudahkan segalanya oleh Tuhan...
Okayla ye..da subuh.nanti sambung lagi...
~NASHRIQZULKIFLI~
Friday, December 3, 2010
Pagi 3 Disember 2010
Posted by nashriq at 5:43 AM 0 comments
Thursday, September 23, 2010
Antara Nasyid Dan Mirwana
Oleh: Along Safa (Penulis Jemputan Munsyeed)
Saya diminta oleh seorang sahabat agar menulis sesuatu berkaitan kumpulan Mirwana. Malah, adik saya juga bertanyakan kepada saya, “sudah tengok video klip Mirwana dan Fiq?”. Adik saya yang berjiwa rock itu sendiri bertanya seperti mempertikai mengapa Mirwana berada disitu berkongsi lagu, berkongsi video klip bersama Fiq.
Saya menyatakan sudah menonton video tersebut di televisyen. Namun hanya menonton secara sambil lewa. Apabila saya search di Youtube, barulah dapat menghayati lagu dan video klip tersebut nyanyian Fiq dan berduet bersama Mirwana.
Jujurnya, saya meminati muzik Mirwana sejak album yang mengandungi lagu Hikmah Kembara dilancarkan. Khabarnya, album tersebut merupakan album pertama Mirwana yang dikomersialkan dan dipasarkan secara meluas. Ianya berbeza dengan album Mirwana terdahulu yang tidak dipasarkan secara komersial. Kejayaan Mirwana terbukti dengan berjayanya lagu Hikmah Kembara dan Aku Tanpa Cintamu di halwa telinga bukan sahaja peminat nasyid malah seluruh peminat muzik. Keberanian Mirwana menjemput Jay Jay sebagai teman duet lagu Aku Tanpa Cintamu menampakkan eksperimen yang menjadi.
Selepas album itu, saya tidak pula dengar berita Mirwana menghasilkan album. Mungkin ada tetapi tidak segah album Hikmah Kembara itu sendiri. Yang saya tahu adalah perihal anggotanya yang bertukar. Paling diingati sudah tentu penarikan diri Faizal Tahir dari Mirwana dan bergerak solo dengan mengetengahkan genre rock sebagai taruhan utamanya. Sekali lagi ingin saya berkata jujur bahawa vocal Faizal Tahir antara yang saya minati dalam banyak banyak penyanyi yang ada di Malaysia ini. Tidak hairan Faizal Tahir turut membawa sebahagian peminat nasyid untuk mengiringinya sebagai ‘peminat setia’ lantaran vokalnya yang diminati ramai itu.
Sejak Faizal Tahir menarik diri, Mirwana dilihat kurang menyengat. Mungkin sebahagian peminat beralih arah ke Faizal Tahir malah ada yang meminati kedua-duanya. Kemudian, terdengar pula berita kemasukan Naim ex-Fareast menyertai Mirwana. Saya tidak nampak impak yang besar dengan penyertaan Naim ini. Malah Mirwana dilihat masih biasa-biasa. Yang agak memberi kesan adalah kehilangan Izzat Mirwana yang khabarkan bercuti belajar. Ketiadaan Izzat yang merupakan aset Mirwana sejak di awal penubuhan tampak merencatkan lagi perjalanan Mirwana. Kehadiran adik Izzat menyertai Mirwana tidak membantu membuat ‘bayangan’ Izzat di dalam Mirwana.
Lama saya tidak mengambil tahu perihal Mirwana. Cuma sekali sekala berchatting bersama Akmal Mirwana yang kebetulan sebandar bersama di Batu Pahat. Yang saya dapat tahu Mirwana menghasilkan album terbaru berjudul Bumi Akhir Usia. Dengar khabar, Izzat juga telah menyertai Mirwana kembali.
Apabila menyemak dan mengambil tahu sehari dua ini perihal Mirwana, rupa-rupanya banyak juga perubahan Mirwana. Kolaborasi Mirwana bersama artis bukan nasyid kini sudah tidak dipandang ganjil lagi. Malah semua kumpulan nasyid pun beriya-iya mahu berduet dengan artis yang bukan nasyid. Tak tahu kenapa.
Ada rakan saya yang bertanya, “mirwana tu nasyid ke?”. Apa yang saya mahu jawab? Iye lah kot nasyid sebab dulu mereka kan nasyid. “iyalah, dulu memang nasyid. Tapi sekarang macam dah tak nasyid je?”. Mmm... Yang tak nasyid tu tang mana? “cuba tengok Mirwana sekarang, kopiah pun dah takde, lagu lagu pun macam dah lari dari nasyid, boleh pulak berduet dengan artis yang macam-macam”. Ohhh iya ke. Rasanya sebelum ni pun Mirwana tak mengenakan kopiah. Mereka pakai beret. Heh... Jadi mahu jawap apa persoalan “Mirwana tu nasyid ke?”.
Apabila memandang pada sudut seni muzik, Mirwana sebenarnya lebih baik dari mana-mana kumpulan nasyid yang lain. Mereka dilihat begitu teliti dengan kualiti yang mereka hasilkan. Muzik mereka melalui proses yang teliti dan penghasilan yang benar-benar berkualiti pada aspek seni muzik. Perkara ini memang diakui oleh sesiapa sahaja ahli muzik.
Apabila memandang pula pada sudut nasyid, mungkin ada beberapa peminat nasyid dan penggiat nasyid mempertikai Mirwana hari ini termasuklah imej, muzik, personaliti, penampilan dan sebagainya. Mirwana dilihat sudah lari dari landasan nasyid. Mirwana diklafikasikan sebagai artis antara dua genre. Seperti mahu pergi ke rock/pop tetapi tidak mahu melepaskan nasyid. Kadangkala mahu menjadi nasyid tetapi mahu menempelkan elemen rock, pop dan sebagainya.
Bagi saya, setiap hasil usaha dan keringat Mirwana ada nilainya. Jika masyarakat mampu bersikap adil pada Mirwana dan setiap artis, peminat nasyid juga harus bersedia menerima perubahan arus zaman hari ini. Mungkin ada yang tetap tidak boleh menerima perubahan ini kerana agaknya terlalu drastik dan memporak perandakan nasyid.
Hakikatnya, tiada sesiapa yang menjadi Yang Empunya Nasyid. Tiada siapa yang menjadi PENJAGA kepada nasyid. Semenjak dahulu hingga hari ini, nasyid berdiri dengan sendiri tanpa ada seseorang yang bertindak sebagai QC sebagai memastikan nasyid hanya boleh itu dan ini dan tidak boleh itu dan begini.
Jadi jangan salahkan sesiapa kerana tiada sesiapapun yang menetapkan nasyid itu harus bagaimana. Yang ada hanyalah penetapan di pendirian setiap peminat nasyid bahawa pada dirinya nasyid itu harus bagaimana. Jika dirinya mengatakan nasyid hanya perlu alat ketuk dan haram muzik bertali, maka minatilah nasyid tradisional seperti NadaMurni.
Jika seseorang itu mengatakan nasyid harus berkopiah, minatilah kumpulan nasyid yang berkopiah. Yang tiada kopiah tak payah minat.
Akhirnya, peminat juga yang menjadi hakim. Terpulanglah kepada kumpulan-kumpulan nasyid ini mahu menyajikan apa pada imej dan album mereka. Jika ada yang minat, mereka akan mempunyai pengikut.
(credit to :www.facebook.com/munsyeed corner)
Posted by nashriq at 3:39 AM 0 comments
Sunday, June 6, 2010
Hiba...
Sayu sungguh hati bila semalam bersamaan 04 Jun 2010. Kereta kesayangan meskipun dah buruk tapi aku masih sayang,kena langgar ngan motor...huk3...
sedih sangat...
apela motor tu...
dahla kete kemek, gang2 motor tu macam nak kejar je...
macam aku je yang dipersalahkan...
papepon, Alhamdulillah sebab orang di sebelah xcedera...
p/s:sedih teramat sangat...
Posted by nashriq at 1:20 AM 1 comments
Wednesday, June 2, 2010
Saat Lafaz Sakinah
Heningnya...
Sunyi suasana...
Lafaz sakinah bermula
Apa rasa
Diterjemah hanya
Sebak abah, tangis ibunda
Adalah aku, wali puteriku
Serah kini amanahku ini pada mu
Nafkahilah dia, curah kasih dan cinta
Lebih dari yang ku berikan kepadanya
Dulu esakkannya sandar di bahuku
Tangisannya kini ku serah padamu
Bukan bermakna, dia bukan milikku
Fitrahnya perlukanmu
Jadikanlah dia wanita syurga
Mengerti benar akan maharnya
Taat itu bukan hanya pada nama
Indah ia pada maksudnya
Ku akur
Akan pesanmu
Puterimu kini amanahku
Iringilah
Dengan doamu
Bahagia kami dari redhamu
Lagu: Hafiz Hamidun
Lirik: Fadzli Far East
Lagu ni yang saya dengar sekarang.Dengar dan hayati.Bagi saya ia memberikan seribu makna lebih-lebih lagi buat diri ini yang bakal menggalas tanggungjawab sebagai seorang suami dan pemegang amanah dari sang mertua.Sangat menyentuh jiwa apatah lagi bila ianya akan menjadi saat yang penuh syahdu dan mungkin air mata ini akan menitis.
Posted by nashriq at 8:43 PM 0 comments
Sunday, February 14, 2010
masih berjaga
jarum waktu menunjukkan jam 03.40 pg.tapi masih belum mau tidur.memikirkan apa yang akan terjadi seterusnya.sesungguhnya sangat penat bila memikirkan agenda yang bakal menjengah.tersangatlah besar semua itu tapi ku berharap dengan penuh keyakinan bahawa aku dapat laluinya.sambil dengar lagu Tahajjud Cinta alunan Datuk Ct.papepun nak dikongsi bersama bahawanya aku telahpun menyiapkan lagu rasmi kolejku.Okla jugak.huhu...nanti post lain ek untuk share kt semua.
p/s:Doakan semoga Festival Kolej kali ke-6 dapat diadakan dengan penuh meriah dan gilang-gemilang...(",)
Posted by nashriq at 3:38 AM 0 comments
Saturday, January 9, 2010
Awal Tahun DUA KOSONG SATU KOSONG
First mau ucap selamat tahun baru kt sume meskipun rase mcm da agk terlewat tp xdela lewat sgt kn.Xdan nak wt posting sebab terlampau bz.huhu.
Anyway,tahun ni merupakan tahun dan semester terakhirku sebagai pelajar jurusan Diploma Pengajian Perniagaan.Maskipun result last sem agak merudum tapi rasa kena tingkatkan usaha untuk menaikkan balik...INSYAALLAH...
Papepun doakan yang terbaik untuk diriku...Thanks gak atas sokongan buat semua dan semogakita dapat meningkatkan prestasi dan kualiti diri kita kearah yg lebih baik...
Amin...
Posted by nashriq at 1:53 AM 0 comments