Salam...
Inginku kongsi dengan semua.Alhamdulillah program anjuranku dalam Festival UiTM Kelantan mendapat perkembangan yang positif.Dan dari pihak HH sudah pun bersetuju untuk datang ke UiTM Kelantan.Mengenai tentatifnya adalah seperti berikut:
Program: A Night with HafizHamidun
Tarikh : 14 Ogos 2009 bersamaan Jumaat
Masa : 8.45-11mlm
Tempat : Medan Ilmu,Uitm Kelantan
so,ramai2la hadirkan diri ke program ini.Disamping kita berhibur dengan persembahan dari HH,insyaALLAH beliau juga akan berkongsi pengalaman dan motivasi untuk meningkatkan keyakinan diri....
MASUK PERCUMA & TERBUKA UNTUK SEMUA!!!
Tuesday, July 28, 2009
Progress
Posted by nashriq at 3:42 AM 0 comments
Tuesday, July 14, 2009
Hafiz Hamidun di UiTM Kelantan???
Salam semua...
satu perkhabaran yang inginku ceritakan buat semua.InsyaALLAH bilamana pada bulan Ogos nanti akan diadakan Festival UiTM Kelantan.Dan aku juga terbabit dalam pengaturan program yang diberi nama a Night with Hafiz Hamidun.Sekarang ni masih dalam peringkat perbincangan dengan beliau dan harapanku supaya program ini akan dapat dilaksanakan dengan jayanya.doakanla ye!!
Dan kepada sesiapa yang merasakan anda dapat memberikan sumbangan tidak kira dari segi tenaga kerja,mora mahupun kewangan,sudi2kanlah...Doakan semoga semuanya berjalan lancar bagi mengetengahkan lagi industri nasyid ye...
syukran~~~
Posted by nashriq at 3:27 PM 2 comments
Sunday, July 5, 2009
Pejalanan semester 5..
Alhamdulillah,...
sudahpun ku mendaftarkan diri di UiTM kelantan untuk semester ke 5.Dan tidak banyak yang dapat dikongsikan tetapi dengan terpaparnya senarai bilik yang akan ku duduki menunjukkan bahawasanya aku tidak mendapat bilik yang ku hendaki...
Huh~~~
Pening memikirkannya,...tapi tak menjadikannya sebab untukku tidak terus berjaya...
p/s:malam ni ada meeting plak~~~
Posted by nashriq at 1:46 PM 1 comments
Tuesday, June 30, 2009
Hadirnya...
Inilah antara hasil karyaku...Terimalah
Hadirnya
Telahku serahkan segala hanya padamu
Telahku persiap jiwa dan raga tuk jadi milikmu
Kanku serah sepenuh hati yang sirna
Hadirnya
Mengisi ruang kekosongan
Hadirnya
Menjadi penyeri kala kesunyian
Liku2 perjalanan beronak duri
Ku tempuh jua demi cintaNYA
Hadirnya
Mengisi ruang kekosongan
Hadirnya
Menjadi penyeri kala kesunyian
Ooo..
Hati merindu hadirnya teman
Jadi inspirasi dalam kiblatnya
Hadirnya mengisi ruang kekosongan...kekosongan
Hadirnya menjadi penyeri kala…penyeri kala
Dan hadirnya memberi inspirasi hati
Penawar duka lara
Menyingkapi redha Ilahi
Dalam cintaNYA
Lagu & lirik: nashriqzulkifli
Posted by nashriq at 3:44 PM 2 comments
Wednesday, June 24, 2009
Rejab
Alhamdulillah,hari ni dah pun kita memasuki bulan Rejab.Sepertimana diketahui bulan Rejab
merupakan antara bulan yang mulia dalam Islam.Dan kita juga disunatkan untuk memperbanyakkan berpuasa sunat.
Pengertian bulan Rejab...
Rejab memberi makna kebesaran atau kemuliaan dan ia membawa maksud bulan yang dibesarkan atau dimuliakan. Masyarakat Jahiliyah menamakan bulan ini dengan bulan Rejab kerana mereka memulia dan menghormati bulan ini dengan mengharamkan berperang di dalamnya. Dan Rasulullah SAW mengekalkan nama ini dan mengharamkan pertumpahan darah di bulan Rejab. Dan bagi umat Islam, kita memperingati dan memuliakan Rejab sempena dengan peristiwa besar yang berlaku kepada Rasulullah SAW iaitu peristiwa Isra' dan Mi'raj.
(sumber:www.al-azim.com)
Posted by nashriq at 8:42 PM 0 comments
