CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, January 26, 2009

Wanita

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Ada empat wanita mulia yang juga penghulu segala wanita di dunia; mereka itu ialah Asiah binti Muzahim, isteri Firaun; Maryam binti Imran, ibunda Isa; Khadijah binti Khuwailid, isteri Rasulullah s.a.w. dan Fatimah binti Muhammad, puteri kesayangan Baginda” (Riwayat Bukhari).

Sejarah menggambarkan Asiah sebagai suatu simbol keimanan yang jitu kepada Allah yang menyelusuri bahtera kehidupan bersama-sama suaminya, Firaun yang memusuhi Allah.

Maryam digambarkan sebagai simbol wanita yang tinggi darjat ketakwaannya kepada Allah serta mampu memelihara kesucian dan kehormatan diri walau dihujani dengan fitnah yang maha hebat.

Khadijah pula adalah simbol kesetiaan kepada suami tercinta dalam menegakkan kebenaran agama. Sanggup berkorban jiwa raga dan segala harta bendanya serta rela menanggung pelbagai risiko dan cabaran dalam menyebarkan risalah Islam yang diamanahkan pada bahu Rasulullah.

Manakala Fatimah digambarkan sebagai simbol wanita solehah yang lengkap iaitu anak yang soleh dan taat kepada ayahandanya; Rasulullah s.a.w., isteri yang setia dan taat kepada suaminya serta ibu yang bijaksana di hadapan anak-anaknya.

Jelas sekali, masa dan waktu telah membuktikan segalanya mengenai kehebatan dan kecemerlangan wanita sejak zaman berzaman. Segala yang dikecapi bukanlah suatu yang mustahil kerana sejarah telah membuktikannya.

Mungkin ada benar pepatah Melayu mengatakan ‘Tangan yang menghayun buaian juga mampu menggoncangkan dunia’. Itulah senario sebenar wanita-wanita pada hari ini.

Kini wanita bukan lagi dianggap sebagai ‘penghuni tetap’ ceruk dapur semata-mata tetapi telah menjadi salah satu entiti penting dalam pembangunan ummah.

Kredibiliti mereka tidak lagi dipandang enteng kerana keupayaan wanita mampu membuatkan mereka duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan kaum lelaki yang lain.Wajarlah kiranya lelaki diluar sana seharusnya menanam nekad untuk bersaing dengan wanita tidak kira dari segi kredibiliti,prestasi, dan sebagainya...

(sekadar secebis renungan)

Sunday, January 25, 2009

Bilakan Damai

Lagu nyanyian hafizhamidun yang mengisahkan mengenai keadaan di Asia Barat yang belum pasti menemui kedamaian.Sama-samalah kita berdoa semoga keadaan ini tidak berterusan dan menemui kedamaian satu masa nanti.....

Mentari menangis disenja memerah
Bumi anbia menjadi padang jarak
Puing-puing runtuhan berserakan
Hanyir darah menyesak dada

Tubuh layu gugur bergelimpangan
Ditindih dalam kubur tanpa bernisan
Dihujung sana berjuta kelaparan
Didera wabak yang menyiksakan

Anak kecil bertanyakan bimbang
Mengapa lena ibu terlalu panjang
Diwajahnya mencerminkan kedukaan
Bilakan pula ayah kan pulang

Dia yang tak mengerti apa menjadi mangsa
Suara tangis syair sendu menghiris kalbu
Bilakan berhenti kekejaman

Kemana hilangnya kemanusiaan
Sampai bila bersilih penderitaan
Bila pula kan muncul kedamaian
Soalan yang masih tiada jawapan

mayat tak reput di angkasa

1. Bolehkah serangga seperti semut terapung?

Semua benda akan terapung dalam keadaan mikrograviti termasuk
serangga seperti semut dan apa jua.

2. Mengapa negara barat seperti US lebih dahulu menjelajah angkasa?

Russia dan Amerika adalah negara pertama menjelajahi angkasa lepas
sejak tahun 1961 lagi. Ini kerana mereka sedar akan manfaat yang dapat diperolehi.
Mereka juga mempunyai teknologi serta kepakaran yang tinggi. Kini negara asia seperti
China dan India cuba melibatkan diri dalam perlumbaan ke angkasa lepas.

3. Bolehkah jisim individu berkurangan di angkasa apabila sampai ke bumi? Berat = jisim x graviti. Oleh itu, jika di angkasa berat tidak memainkan peranan . Hanya jisim saja.

4. Benarkah ada mitos tentang kehidupan lain selain dari bumi?

Tujuan utama menjelajahi angkasa lepas adalah untuk mengetahui adakah kehidupan lain selain daripada manusia. Kini Marikh menunjukkan terdapatnya bekalan air dan lazimnya di mana ada air disitulah terdapat hidupan seperti bakteria dan sebagainya.

5. Kalau ada orang terlepas pernafasan oksigen…boleh mengakibatkan mati? Mayat boleh reput di angkasa?

Mayat tidak reput di angkasa kerana tidak ada bakteria di angkasa lepas. Keadaan di sana dipenuhi vakum.

6. Jika badan dari angkasa jatuh ke bumi boleh meletup ke?

Apa sahaja objek yang melalui atmosfera akan terbakar ataupun disintegrasi dengan tersendiri.

7. Sudah pastikah tentang kewujudan planet terbaru di angkasa?

Masih banyak lagi kajian yang dilakukan untuk mencari planet-planet yang lain. Terbaru pluto sudah tidak diiktiraf sebagai planet kerana terlalu kecil saiznya malah dianggap bulan untuk planet yang terdekat.

(credit to murai.com.my)

Saturday, January 24, 2009

BOIKOT!!!!


Bersama memboikot barangan keluaran Israel dan sekutunya AS.Ketahuilah bahawa setiap Dollar yang anda belanjakan kepada mereka ibarat memberikan sebutir peluru yang membunuh saudara seISLAM kita!!!

Kumpul duit dengan menyertai SURVEY dan memberikan pandangan


Laman web yang memberikan peluang untuk remaja di Malaysia memberikan pandangan dan menyertai SURVEY yang dijalankan. Disamping tu dapat juga anda mengumpul duit.SELAMAT MENCUBA!!!