Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Ada empat wanita mulia yang juga penghulu segala wanita di dunia; mereka itu ialah Asiah binti Muzahim, isteri Firaun; Maryam binti Imran, ibunda Isa; Khadijah binti Khuwailid, isteri Rasulullah s.a.w. dan Fatimah binti Muhammad, puteri kesayangan Baginda” (Riwayat Bukhari).
Sejarah menggambarkan Asiah sebagai suatu simbol keimanan yang jitu kepada Allah yang menyelusuri bahtera kehidupan bersama-sama suaminya, Firaun yang memusuhi Allah.
Maryam digambarkan sebagai simbol wanita yang tinggi darjat ketakwaannya kepada Allah serta mampu memelihara kesucian dan kehormatan diri walau dihujani dengan fitnah yang maha hebat.
Khadijah pula adalah simbol kesetiaan kepada suami tercinta dalam menegakkan kebenaran agama. Sanggup berkorban jiwa raga dan segala harta bendanya serta rela menanggung pelbagai risiko dan cabaran dalam menyebarkan risalah Islam yang diamanahkan pada bahu Rasulullah.
Manakala Fatimah digambarkan sebagai simbol wanita solehah yang lengkap iaitu anak yang soleh dan taat kepada ayahandanya; Rasulullah s.a.w., isteri yang setia dan taat kepada suaminya serta ibu yang bijaksana di hadapan anak-anaknya.
Jelas sekali, masa dan waktu telah membuktikan segalanya mengenai kehebatan dan kecemerlangan wanita sejak zaman berzaman. Segala yang dikecapi bukanlah suatu yang mustahil kerana sejarah telah membuktikannya.
Mungkin ada benar pepatah Melayu mengatakan ‘Tangan yang menghayun buaian juga mampu menggoncangkan dunia’. Itulah senario sebenar wanita-wanita pada hari ini.
Kini wanita bukan lagi dianggap sebagai ‘penghuni tetap’ ceruk dapur semata-mata tetapi telah menjadi salah satu entiti penting dalam pembangunan ummah.
Kredibiliti mereka tidak lagi dipandang enteng kerana keupayaan wanita mampu membuatkan mereka duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan kaum lelaki yang lain.Wajarlah kiranya lelaki diluar sana seharusnya menanam nekad untuk bersaing dengan wanita tidak kira dari segi kredibiliti,prestasi, dan sebagainya...
(sekadar secebis renungan)
Monday, January 26, 2009
Wanita
Posted by nashriq at 8:30 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment