Sepertimana yang telah saya janjikan,untuk kali ini saya akan memberikan pendapat mengenai fenomena hari ini yang banyak menjadi kerunsingan dikalangan wanita.
Ya!!
Memang tak dapat dinafikan bahawa kebanyakan lelaki di zaman yang serba moden ini gemar untuk menyemai kasih lebih dari satu.Tapi dalam hal ini tak bermakna semua lelaki begitu.
Persoalannya hanya akan dapat dijawab oleh lelaki itu sendiri.Bagi wanita yang menjadi mangsa sememangnya ia merupakan sesuatu yang memedihkan.Mungkin bagi yang belum mempunyai ikatan,anda akan memutuskan hubungan.Tetepi cuba fikirkan sekiranya anda telah berada dalam perhubungan yang sah,adakah anda akan mengambil tindakan sedemikian juga???
Pendapat saya bagi mengelakkan perkara ini berlaku, lelaki itu sendiri sewajarnya menanamkan kesetiaan didalam kalbu mereka. dan kesetiaan itulah yang akan memberikan mereka perhubungan yang berkekalan.semestinya setiap insan menginginkan perhubungan yang telah dibina berkekalan.Bahkan saya sendiri pun! so andaikata digoda wanita lain pun tak mungkinlah kita berpaling tadah...
papepun semoga dijauhkan dari permasalahan ini dan bahagia selamanya dibawah limpah RahmatNYA..(",)
Wallahua'lam...
(secebis pendapat dariku...)
Wednesday, April 22, 2009
Bicara Tentang Cinta: Kenapa Tidak Cukup Satu?
Posted by nashriq at 11:23 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment