Alhamdulillah...
Bertemu lagi kali ini di posting yang seterusnya.pada hari ini sekali lagi saya ingin membicarakan tentang cinta.Untuk hari ini saya ingin membicarakan megenai perkara yang tidak asing lagi dalam kehidupan berpasangan tidak kira sudah berkahwin atau tidak.
Ya!
Merajuk merupakan sesuatu yang pasti bagi sesiapa yang sedang dalam perhubungan.Mungkin ada diantara perkara yang kita telah lakukan tidak disedari membuatkan si dia merajuk.Dan saya terpanggil untuk berkongsi cara untuk anda memujuk terutama bagi Kaum Adam...
Untuk Pertamanya anda hendaklah mengenal pasti apa yang telah membuatkan si dia merajuk.
Mungkin kerana kecemburuan dan sebagainya. Seharusnya kita sedari bahawasanya 'Love Is Never Without Jealousy'...
untuk memujuknya...
1. Terangkan perkara sebenar
Adalah lebih mudah bercakap benar dari berbohong. Ceritakan kepada si Dia segala apa yang berlaku pada anda dan tanya pada si Dia kenapa dia merajuk. Berterus teranglah dalam perhubungan anda. Janganlah berahsia kerana ia boleh menghancurkan kepercayaan si dia kepada anda.
2. Bertolak ansurlah dan bijak dalam membuat keputusan
Memang sukar untuk kita bertolak ansur tetapi tidak bermakna kita kalah sekiranya kita mengalah. Lakukan sesuatu yang boleh membuatkan si dia tersenyum kembali.Ingat! Anda janganlah menunjukkan keegoan anda.
3. Ucapkan kata-kata “manis”
Manis tidak semestinya manis bukan? Ketika si Dia tengah merajuk, cuba anda berjenaka dengan si dia dan ini mungkin boleh digunakan untuk membuatkan si dia kembali tersenyum.
4. Nyanyikan lagu buatnya
Untuk terakhirnya anda cubalah untuk menyanyikan sebuah lagu yang pasti akan membuatkan si dia tersenyum.Meskipun anda tidak pandai menyanyi,be confident to be a singer in this situation!!!
Begitulah sedikit panduan dari pembacaan saya.Yang paling penting dalam perhubungan anda adalah kejujuran dan keikhlasan.Anda juga seharusnya memandu Cinta yang telah dibina kearah mencari Cinta Ilahi kerana itulah cinta yang teragung...
wallahua'lam...
0 comments:
Post a Comment