CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, May 31, 2009

Bicara Tentang Cinta: Percayakah Anda Pada Si Dia

MEMANG mudah untuk kita jatuh cinta biarpun pada seorang lelaki yang tidak boleh dipercayai. Tetapi, untuk kita hidup bersama lelaki seperti ini buat sepanjang hayat, itulah yang sukar dilakukan.

Hakikatnya, satu perhubungan yang berkekalan dibina atas dasar kepercayaan. Ia menjadi asas dalam perhubungan kerana mampu mencipta satu persekitaran yang selamat untuk meniupkan api kemesraan. Untuk memastikan perhubungan itu berjaya, anda perlu menaruh kepercayaan pada si dia termasuk berkongsi kisah silam, masa kini dan kehidupan akan datang bersamanya.

Namun, kepercayaan tidak akan datang dalam sekelip mata. Ia memerlukan masa yang panjang dan usaha daripada diri sendiri. Perlu juga diingat, kepercayaan mudah tergugat atau berkecai dan ia sebenarnya sukar untuk dipulihkan. Tetapi, jika seseorang itu sanggup berusaha untuk membina kepercayaan, mereka akan memperoleh ganjaran tidak terhingga iaitu satu perhubungan yang memang diidamkan.

Tonjolkan diri anda yang sebenar

Melalui kepercayaan, anda tidak kisah untuk mendedahkan siapa diri anda yang sebenar. Mungkin, kali pertama bertemu banyak cara telah digunakan untuk memikat hati si dia. Namun, kemesraan hanya akan timbul apabila kedua-dua individu yang sedang memadu kasih itu benar-benar mengenali diri masing-masing.

Pasangan perlu mengenali diri anda yang sebenar - bagaimana keadaan jika anda keletihan, marah, kecewa ataupun gembira. Si dia perlu mencintai atau menyayangi diri anda seadanya, bukan mengharapkan anda menjadi individu seperti yang dia ingini. Keadaan itu akan menyebabkan perhubungan tidak akan kekal lama.

Seseorang itu sebenarnya akan rasa lebih tenang jika mendapat tahu bahawa dia dicintai kerana dirinya, bukan disebabkan perkara atau terpaksa berpura-pura menjadi orang lain. Perasaan itu juga akan membuatkan anda menjadi individu yang lebih jujur tanpa timbul rasa takut pada penolakan. Bukankah ia sesuatu yang menyeronokkan.

Berkomunikasi secara jujur

Kepercayaan membuka pintu pada satu komunikasi yang jujur. Sukar untuk anda berkomunikasi secara jujur sekiranya selalu mempunyai anggapan lain terhadap apa yang bakal anda lakukan. Contohnya, apabila ingin melakukan sesuatu, mula memikirkan bagaimana reaksi si dia dan ia juga akan memaksa anda menyusun semula pandangan anda yang sebenar untuk memenuhi agenda si dia.

Komunikasi memerlukan penumpuan. Dr. Geri Forsberg dalam artikelnya, `Kenapa Diri Sukar Berkomunikasi’ telah menggariskan lima panduan untuk membantu seseorang itu berkomunikasi secara efektif.

Tanya soalan. Jangan beranggapan anda memahami apa yang si dia maksudkan. Apabila seseorang itu bertanya beberapa soalan, ia tidak akan mengambil masa yang lama untuk anda benar-benar memahami apa yang dimaksudkan oleh si dia.

Dengar. Untuk menjadi individu yang boleh berkomunikasi dengan baik, anda juga perlu mempunyai keinginan untuk menjadi pendengar agar diri memahami pandangan pasangannya.

Memerhati dan sanggup mengesahkan maklumat yang diperolehi. Biarkan umum mengetahui apa yang anda fikirkan dengan cara berkongsi maklumat tersebut. Malah, langkah mendedahkan informasi mengenai diri sendiri sebenarnya dapat membantu orang lain memahami diri anda sebagaimana anda memahami mereka.

Ingat, kasih sayang akan menutup banyak keburukan. Jika motif anda adalah untuk memahami orang lain dan menerima seseorang itu kerana diri mereka, maka ia akan membuatkan komunikasi menjadi lebih mudah. Tetapi, jika anda ingin seboleh-bolehnya menyakinkan mereka bahawa cara anda paling tepat, ia sebenarnya bukanlah satu komunikasi. Malah, ia juga bukannya cinta.

Bergaduh secara adil. Sebaik anda berjaya berkomunikasi, langkah seterusnya binalah kepercayaan pada pasangan anda. Sebabnya, ia dapat membantu untuk mewujudkan satu pergaduhan yang adil seandainya berlakunya perselisihan pendapat. Andai perlu sedar bahawa bergaduh tidak dapat dielakkan andai diri ingin hidup bersama orang lain. Cuma, adakah pergaduhan itu akan memisahkan diri anda dengannya atau ia mampu menyelesaikan konflik yang timbul dan membuatkan anda bertambah rapat? Semuanya bergantung sama ada anda bergaduh secara adil atau tidak.

Apa itu pergaduhan yang adil? Kebanyakan pakar bersetuju bahawa pergaduhan yang adil apabila berlakunya perkara-perkara seperti :

Topik pergaduhan tidak berubah

Sekarang bukan masanya untuk menyenaraikan perkara-perkara buruk yang pernah dilakukan si dia. Berbincanglah hanya tentang isu yang sedang digaduhkan. Elakkan daripada menghina atau menjerit-jerit.

Ingat! Asas pergaduhan adalah untuk mencari penyelesaian bukannya menghancurkan hati pasangan anda atau mendesaknya mengalah.

Jika anda tidak menghormati si dia atau dirinya terasa diserang, mereka akhirnya akan berhenti terus daripada mendengar apa yang anda katakan.

Elakkan juga membuat tanggapan rambang dan jangan berganjak daripada fakta. Kenyataan ‘anda selalu’ atau ‘anda tidak pernah’ tidak akan menggambarkan sesuatu yang realiti sebaliknya hanya meletakkan pasangan anda dalam kedudukan bersalah. Kekal pada apa yang berlaku dan luahkan bagaimana perasaan anda.

Membina Kepercayaan

Kepercayaan bukan berlaku secara semulajadi antara dua insan, walaupun mereka mencintai antara satu sama lain. Ia memerlukan usaha. Jika anda pernah dikecewakan pada masa lalu, mungkin agak sukar untuk membina rasa percaya dalam diri.

Membina kepercayaan juga memerlukan masa. Tunjukkan pada pasangan bahawa anda adalah seorang yang boleh dipercayai dan anda juga mempercayai dirinya. Jika pasangan mempunyai masalah untuk mempercayai seseorang, cubalah mencari jalan untuk mencipta satu persekitaran yang dapat membantu membina kepercayaan. Dengar apa yang diperkatakan. Hormati diri dan pandangannya. Terimalah si dia seadanya.

Dedahkan sejarah kehidupan anda

Tunjukkan pada si dia bahawa anda mempercayainya dan akan membantunya untuk melakukan perkara yang sama.

Jangan bersikap terlalu terburu-buru

Jika anda cintakan seseorang dan inginkan yang terbaik, tiada salahnya menunggu. Jika bercinta dengan seorang yang anda rasa tidak boleh dipercayai, jangan buat tidak peduli mengenainya. Sebabnya, sekiranya anda menghadapi kesukaran mempercayai seseorang, cuba dahulu dapatkan bantuan kaunselor sebelum mengambil tindakan lari daripada satu perhubungan yang mungkin adalah yang terbaik buat anda.

Masa silam sememangnya memberi kesan kepada keupayaan diri untuk mempercayai seseorang. Bagaimanapun, jika itu bukan masalahnya cuma kata hati bersungguh-sungguh memberitahu agar anda berhati-hati dengan lelaki tersebut, maka jadikan ia sebagai satu amaran. Perhatikan dengan teliti siapakah sebenarnya individu itu. Bagaimana dia melayani orang lain dan diri anda. Mungkin juga, kata hati anda telah memberikan satu maklumat yang berguna.

Saturday, May 30, 2009

Bicara Tentang Cinta : Mungkinkah Bisa Mati Bersama

Cinta mesti selalu diperbaharui,Begitulah yang selalu didengari daripada orang yang cukup arif.Cinta umpama pokok,sekali tumbuh,bukan jaminan untuk subur selamanya.Sebaliknya ia mesti terus disirami,dibajai dan jua dijaga...

Merenung sejenak ayat diatas.sememangnya benar apa yang tertulis.cinta perlu disemai dan dibajai.mungkin sebelum berkahwin ketika sedang lara dibuai kerinduan cinta,semua yang dilihat,diperkatakan juga diperlakukan indah belaka.tapi harus diingat apa pula disebalik tirai perkahwinan yang ditempuhi selepas itu.

Mungkin saya tak bisa untuk bercerita panjang mengenai cinta,tapi persoalannya adakah anda yakin bahawasanya cinta yang didambakan sekarang akan tetap berada digenggaman anda kelak???Sudikanlah untuk anda semua fikirkan...

Dan yang paling lama difikirkan olehku,bisakah cinta yang pada awalnya hanya diselaputi wangian dan haruman hingga keakhirnya??Atau adakah kita akan terfikir untuk memilih yang lain setelah kehilangan yang lama.Kemanakah hilangnya janji setia itu??
Yang pasti sang insani lebih mengetahui.....

Wallahua'lam...

Tuesday, May 26, 2009

SALAM FM

Terbaru dari JAKIM yang merupakan jabatan yang bertanggungjawab dalam mengetengahkan medium keislaman mengikut jejak langkah IKIM dengan melancarkan radio mereka sendiri iaitu SALAM FM.Ikuti artikel dibawah...

[SEMASA] KUALA LUMPUR: SALAM FM, stesen radio berfokuskan dakwah dan ajaran Islam kelolaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dengan kerjasama Radio dan Televisyen Malaysia (RTM), memulakan siaran percubaannya Ahad lalu dari 1 pagi hingga 8 pagi.

Jakim dalam satu kenyataan berkata siaran itu boleh diikuti melalui beberapa gelombang FM iaitu FM 91.1 megahertz di Lembah Klang, FM 102.5 megaherzt di kawasan Pahang Barat, FM 105.1 megahertz di Cameron Highlands dan melalui Gelombang Pendek Kebangsaan (GPK) 6070 kilohertz.

Pendengar di luar negara juga dapat mengikuti siaran ini melalui gelombang pendek SW 9750 kilohertz 31 meter dan SW 9750 kilohertz 48.58 meter.

"Penubuhan dan pengoperasian SALAM FM adalah bagi menyahut trend semasa, iaitu medium radio mempunyai keberkesanan langsung yang pantas, mudah, dan murah untuk diaplikasi bagi tujuan dakwah," kata Jakim. BERNAMA


p/s:moga SALAM fm mampu menjadi medium penyampaian dakwah dan mesej keislaman kepada semua...

Friday, May 22, 2009

Kembara UNIC !!!ade yg berminat???

Pada 4,5 dan 6 Jun in,kumpulan nasyid terkenal tanah air akan mengadakan satu program kembara.Progaram ini merupakan program jelajah ke kelantan dimana terdapat 3 pengisian dalam satu program iaitu:

  1. KONSERT NASYID
  2. PROGRAM MOTIVASI AMAL BERSAMA ANAK YATIM
  3. LAWATAN

TUJUAN

KEMBARA BERSAMA UNIC 09 ini adalah bertujuan untuk mengeratkan ukhwah di antara ahli Kelab SAHABATUNIC dan juga ahli Kumpulan UNIC. Para Peserta juga akan dilibatkan dalam usaha amal untuk membantu anak-anak yatim dalam bentuk perkongsian pengalaman, gotong-royong dan juga program motivasi yang diadakan. Para peserta juga akan berpeluang untuk mengikuti konsert yang akan diadakan nanti.

Oleh itu diharap agar program ini dapat dijalankan dengan jayanya atas inisiatif berbakti kepada masyarakat melalui komuniti penggiat nasyid serta hiburan yang mendidik jiwa.

Ade yang berminat???sila layari http://sahabatunic.com/kembara/ untuk maklumat lanjut.


Thursday, May 21, 2009

Malam Jumaatku

Malam ni gi main futsal ngan kawan2 lama di pasir tumboh.sememangnye rindu kat sume kawan2 ku yg same2 di MML dlu.Biler la nk jumpe korang sume ye.Nnt kite fkirkn nk wt reunion bila dan dimana.Okay???hehehe

p/s: dimana saja antum berada,semaikanlah ukhwah fillah dalam jiwa...(",)

Tuesday, May 19, 2009

Indahnya Cinta Kerana Allah S.W.T

“Tidaklah seseorang diantara kalian dikatakan beriman, hingga dia mencintai sesuatu bagi saudaranya sebagaimana dia mencintai sesuatu bagi dirinya sendiri.”


Secara nalar pencinta dunia, bagaimana mungkin kita mengutamakan orang lain dibandingkan diri kita? Atas dasar hawa nafsu manusia, bagaimana mungkin kita memberikan sesuatu yang kita cintai kepada saudara kita?

Pertanyaan tersebut dapat terjawab melalui penjelasan Ibnu Daqiiqil ‘Ied dalam syarah beliau terhadap hadis diatas (selengkapnya, lihat di Syarah Hadits Arba’in An-Nawawiyah).

(“Tidaklah seseorang beriman” maksudnya adalah -pen). Para ulama berkata, “yakni tidak beriman dengan keimanan yang sempurna, sebab jika tidak, keimanan secara asal tidak didapatkan seseorang kecuali dengan sifat ini.”

Maksud dari kata “sesuatu bagi saudaranya” adalah berupa ketaatan, dan sesuatu yang halal. Hal ini sebagaimana dijelaskan dalam hadits yang diriwayatkan oleh An-Nasa’i.

“…hingga dia mencintai bagi saudaranya berupa kebaikan sebagaimana dia mencintai jika hal itu terjadi bagi dirinya.”

Syaikh Abu Amru Ibnu Shalah berkata, “Hal ini terkadang dianggap sebagai sesuatu yang sulit dan mustahil, padahal tidaklah demikian, karena makna hadits ini adalah tidak sempurna iman seseorang diantara kamu sehingga dia mencintai saudaranya yang lain sebagaimana dia mencintai dirinya. Menegakkan urusan ini tidak dapat direalisasikan dengan cara menyukai jika saudaranya mendapatkan apa yang dia dapatkan, sehingga dia tidak turut berdesakan dengan saudaranya dalam merasakan nikmat tersebut dan tidak mengurangi kenikmatan yang diperolehnya. Itu mudah dan dekat dengan hati yang selamat, sedangkan itu sulit terjadi pada hati yang rosak, semoga Allah Taala memaafkan kita dan saudara-saudara kita seluruhnya.”

Abu Zinad berkata, “Sekilas hadits ini menunjukkan tuntutan persamaan (dalam memperlakukan dirinya dan saudaranya), namun pada hakekatnya ada tafdhil (kecenderungan untuk memperlakukan lebih), karena manusia ingin jika dia menjadi orang yang paling utama, maka jika dia menyukai saudaranya seperti dirinya sebagai konsekuensinya adalah dia akan menjadi orang yang kalah dalam hal keutamaannya. Bukankah anda melihat bahwa manusia menyukai agar haknya terpenuhi dan kezhaliman atas dirinya dibalas? Maka letak kesempurnaan imannya adalah ketika dia memiliki tanggungan atau ada hak saudaranya atas dirinya maka dia bersegera untuk mengembalikannya secara adil sekalipun dia merasa berat.”

Diantara ulama berkata tentang hadits ini, bahwa seorang mukmin satu dengan yang lain itu ibarat satu jiwa, maka sudah sepantasnya dia mencintai untuk saudaranya sebagaimana mencintai untuk dirinya karena keduanya laksana satu jiwa sebagaimana disebutkan dalam hadits yang lain:

“Orang-orang mukmin itu ibarat satu jasad, apabila satu anggota badan sakit, maka seluruh jasad turut merasakan sakit dengan demam dan tidak dapat tidur.” (HR. Muslim)

“Saudara” yang dimaksud dalam hadits tersebut bukan hanya saudara kandung atau akibat adanya kesamaan nasab/ keturunan darah, tetapi “saudara” dalam artian yang lebih luas lagi. Dalam Bahasa Arab, saudara kandung disebut dengan Asy-Asyaqiiq ( الشَّّقِيْقُ). Sering kita jumpa seseorang menyebut temannya yang juga beragama Islam sebagai “Ukhti fillah” (saudara wanita ku di jalan Allah). Berarti, kebaikan yang kita berikan tersebut berlaku bagi seluruh kaum muslimin, karena sesungguhnya kaum muslim itu bersaudara.

Jika ada yang bertanya, “Bagaimana mungkin kita menerapkan hal ini sekarang? Sekarang kan zaman susah. Mengurus diri sendiri saja sudah susah, bagaimana mungkin mau mengutamakan orang lain?”

Semoga Allah senantiasa menetapkan hati kita diatas keimanan-, jadilah seorang mukmin yang kuat! Sesungguhnya mukmin yang kuat lebih dicintai Allah. Seberat apapun kesulitan yang kita hadapi sekarang, ketahuilah bahwa kehidupan kaum muslimin saat awal dakwah Islam oleh Rasulullah jauh lebih sulit lagi. Namun kecintaan mereka terhadap Allah dan RasulNya jauh melebihi kesedihan mereka pada kesulitan hidup yang hanya sementara di dunia. Dengarkanlah pujian Allah terhadap mereka dalam Surat Al-Hasyr:

“(Juga) bagi orang fakir yang berhijrah yang diusir dari kampung halaman dan dari harta benda mereka (karena) mencari karunia dari Allah dan keridhaan-Nya dan mereka menolong Allah dan Rasul-Nya. Mereka itulah orang-orang yang benar(ash-shodiquun). Dan orang-orang yang telah menempati kota Madinah dan telah beriman (Anshor) sebelum (kedatangan) mereka (Muhajirin), mereka (Anshor) ‘mencintai’ orang yang berhijrah kepada mereka (Muhajirin). Dan mereka (Anshor) tiada menaruh keinginan dalam hati mereka terhadap apa-apa yang diberikan kepada mereka (Muhajirin). Dan mereka mengutamakan (orang-orang Muhajirin) atas diri mereka sendiri, sekalipun mereka dalam kesusahan. Dan siapa yang dipelihara dari kekikiran dirinya, mereka itulah orang-orang yang beruntung.” (QS. Al-Hasyr: 8-9)

Dalam ayat tersebut Allah memuji kaum Muhajirin yang berhijrah dari Makkah ke Madinah untuk memperoleh kebebasan dalam mewujudkan syahadat mereka an laa ilaha illallah wa anna muhammadan rasulullah. Mereka meninggalkan kampung halaman yang mereka cintai dan harta yang telah mereka kumpulkan dengan penuh jerih payah. Semua demi Allah! Maka, kaum muhajirin (orang yang berhijrah) itu pun mendapatkan pujian dari Allah Rabbul ‘alamin. Demikian pula kaum Ansar yang memang merupakan penduduk Madinah. Perhatikanlah dengan seksama bagaimana Allah mengajarkan kepada kita keutamaan orang-orang yang mengutamakan saudara mereka. Betapa mengagumkan sikap itsar (mengutamakan orang lain) mereka. Dalam surat Al-Hasyr tersebur, Allah memuji kaum Ansar sebagai Al-Muflihun (orang-orang yang beruntung di dunia dan di akhirat) karena kecintaan kaum Anshar terhadap kaum Muhajirin, dan mereka mengutamakan kaum Muhajirin atas diri mereka sendiri, sekalipun mereka (kaum Ansar) sebenarnya juga sedang berada dalam kesulitan. Allah Ta’aala memuji orang-orang yang dipelihara Allah Ta’aala dari kekikiran dirinya sebagai orang-orang yang beruntung. Tidaklah yang demikian itu dilakukan oleh kaum Anshar melainkan karena keimanan mereka yang benar-benar tulus, yaitu keimanan kepada Zat yang telah menciptakan manusia dari tanah kemudian menyempurnakan bentuk tubuhnya dan Dia lah Zat yang memberikan rezeki kepada sesiapapun yang dikehendaki oleh-Nya serta menghalangi rezeki kepada siapapun yang Dia kehendaki.

Tapi, ingatlah wahai saudariku fillah, jangan sampai kita tergelincir oleh tipu daya syaitan ketika mereka membisikkan ke dada kita “utamakanlah saudaramu dalam segala hal, bahkan bila agama mu yang menjadi taruhannya.” Saudariku fillah, hendaklah seseorang berjuang untuk memberikan yang terbaik bagi agamanya. Misalkan seorang laki-laki datang untuk sholat ke masjid, dia pun langsung mengambil tempat di shaf paling belakang, sedangkan di shaf depan masih ada tempat kosong, lalu dia berdalih “Aku memberikan tempat kosong itu bagi saudaraku yang lain. Cukuplah aku di saf belakang.” Ketahuilah, itu adalah tipu daya syaitan! Hendaklah kita senntiasa berlumba-lumba dalam kebaikan agama kita. Allah berfirman:

“Maka berlumba-lumbalah (dalam membuat) kebaikan. Di mana saja kamu berada pasti Allah akan mengumpulkan kamu sekalian (pada hari kiamat). Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.” (QS. Al-Baqarah: 148)

Berlomba-lombalah dalam membuat kebaikan agama, bukan dalam urusan dunia. Banyak orang yang berdalih dengan ayat ini untuk menyibukkan diri mereka dengan melulu urusan dunia, sehingga untuk belajar tentang makna syahadat saja mereka sudah tidak lagi memiliki waktu sama sekali. Wal iyadzu billah. Semoga Allah menjaga diri kita agar tidak menjadi orang yang seperti itu.

Wujudkanlah Kecintaan Kepada Saudaramu Karena Allah

Mari kita bersama mengurai, apa contoh sederhana yang bisa kita lakukan sehari-hari sebagai bukti mencintai sesuatu bagi saudara kita yang juga kita cintai bagi diri kita…

Mengucapkan Salam dan Menjawab Salam Ketika Bertemu

“Kalian tidak akan masuk surga sampai kalian beriman, dan kalian tidak akan beriman sampai kalian saling mencintai. Tidak maukah kalian aku tunjukkan sesuatu yang jika kalian lakukan maka kalian akan saling mencintai: Sebarkanlah salam diantara kalian.” (HR. Muslim)

Pada hakikatnya ucapan salam merupakan do’a dari seseorang bagi orang lain. Di dalam lafadz salam “Assalaamu ‘alaikum warahmatullahi wabarakaatuh” terdapat wujud kecintaan seorang muslim pada muslim yang lain. Iaitu keinginannya agar orang yang disapanya dengan salam, bisa memperoleh keselamatan, rahmat, dan barakah. Barakah ertinya tetapnya suatu kebaikan dan bertambah banyaknya dia. Tentunya seseorang senang bila ada orang yang mendoakan keselamatan, rahmat, dan barokah bagi dirinya. Semoga Allah mengabulkan do’a tersebut.

Wahai saudarku sekalian, bayangkanlah! Betapa banyak kebahagiaan yang kita bahagikan kepada saudara kita sesama muslim bila setiap kali bertemu.Sama ada yang anda kenal ataupun tidak kita kenal.kita senntiasa menyapa mereka dengan salam. Bukankah kita pun ingin bila kita memperoleh banyak do’a yang demikian? Namun, sangat baik jika seorang wanita muslimah tidak mengucapkan salam kepada laki-laki yang bukan mahramnya jika dia takut akan terjadi fitnah. Maka, bila di jalan kita bertemu dengan muslimah yang tidak kita kenal namun dia bertudung dan kita yakin bahwa tudung itu adalah ciri bahwa dia adalah seorang muslimah, ucapkanlah salam kepadanya. Semoga dengan hal sederhana ini, kita bisa menyebar kecintaan kepada sesama saudara muslimah. Insya Allah…

Bertutur Kata yang Menyenangkan dan Bermanfaat

Dalam sehari bisa kita hitung berapa banyak waktu yang kita habiskan untuk sekedar berkumpul-kumpul dan bersembang dengan teman. Seringkali perbualan kita mengarah kepada ghibah/bergosip. Betapa meruginya kita. Seandainya, waktu perbualan tersebut kita gunakan untuk membicarakan hal-hal yang setidaknya lebih bermanfaat, tentunya kita tidak akan menyesal. Misalnya, sembari makan siang bersama teman kita bercerita, “Tadi shubuh saya solat berjamaah dengan teman ku. Saya yang jadi makmum. Teman saya yang jadi imam itu, membaca surat Al-Insan. Katanya itu adalah sunnah. Memangnya apa sunnah itu?” Teman yang lain menjawab, “Sunnah yang dimaksud temanmu itu maksudnya ajaran Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam. Memang disunnahkan untuk membaca Surat Al-Insan di rakaat kedua solat shubuh di hari Jum’at.” Lalu, teman yang bertanya tadi pun berkata, “Ooo… begitu, saya baru tahu …” Subhanallah! Sebuah makan siang yang berubah menjadi “majlis ilmu”, ladang pahala, dan saling memberi nasihat dan kebaikan pada saudara sesama muslimah.

Mengajak Saudara Kita Untuk Bersama-Sama Menghadiri Majlis ‘Ilmu

dari perbualan singkat di atas, boleh jadi ianya berlanjutan, “Dari mana kamu tahu membaca surat Al-Insan di rakaat kedua solat subuh di hari Jumaaat itu sunnah?” Temannya pun menjawab, “Saya tahu itu dari kajian.” Alhamdulillah bila ternyata temannya itu tertarik untuk mengikuti kajian, “Kalau saya ikut boleh? menyenangkan juga ya ikut kajian.” Temannya pun berkata, “Alhamdulillah, insyaAllah kita boleh berangkat sama-sama."

Saling Menasihati, Baik Dengan Ucapan Lisan Maupun Tulisan

Suatu saat ‘Umar radhiyallahu ‘anhu pernah bertanya tentang aibnya kepada shahabat yang lain. Shahabat itu pun menjawab bahwa dia pernah mendengar bahwa ‘Umar radhiyallahu ‘anhu memiliki bermacam-macam lauk di meja makannya. Lalu ‘Umar radhiyallahu ‘anhu pun berkata yang maknanya ‘Seorang teman sejati bukanlah yang banyak memujimu, tetapi yang memperlihatkan kepadamu aib mu (agar orang yang dinasehati bisa memperbaiki aib tersebut. Yang perlu diingat, menasehati jangan dilakukan didepan orang banyak. Agar kita tidak tergolong ke dalam orang yang menyebar aib orang lain. Terdapat beberapa perincian dalam masalah ini -pen).’ Bentuk nasihat tersebut, bukan hanya secara lisan tetapi juga melalui tulisan, baik surat, artikel, catatan saduran dari kitab-kitab ulama, dan lain-lain.

Saling Mengingatkan Tentang Kematian, Yaumil Hisab, At-Taghaabun (Hari Ditampakkannya Kesalahan-Kesalahan), Syurga, dan Neraka

Sangat banyak orang yang baru ingin bertaubat bila nyawa telah nyaris terputus. Maka, diantara bentuk kecintaan seorang muslim kepada saudaranya adalah saling mengingatkan tentang kematian. Ketika saudaranya hendak berbuat kesalahan, ingatkanlah bahwa kita tidak pernah mengetahui kapan kita mati. Dan kita pasti tidak ingin bila kita mati dalam keadaan berbuat dosa kepada Allah Ta’ala

dan berbaik sangkalah kepada saudaramu memberimu tulisan-tulisan tentang ilmu agama, atau mengajakmu mengikuti kajian. Berbaik sangkalah bahwa dia sangat menginginkan kebaikan bagimu. Sebagaimana dia pun menginginkan yang demikian bagi dirinya. Karena, siapakah gerangan orang yang senang terjerumus pada lembah dosa.Tentunya kita akan bersedih bila kita terjatuh di lubang yang kotor dan orang-orang di sekeliling kita hanya melihat tanpa menolong kita…

Tidak ada ruginya bila kita banyak mengutamakan saudara kita. Selama kita berusaha ikhlas, balasan terbaik di sisi Allah menanti. Janganlah risau kerana bisikan-bisikan yang mengajak kita untuk “ingin menang sendiri, ingin terkenal sendiri”. Manusia akan mati! Semua makhluk Allah akan mati dan kembali kepada Allah!! Sedangkan Allah adalah Zat Yang Maha Kekal. Maka, melakukan sesuatu untuk Zat Yang Maha Kekal tentunya lebih utama dibandingkan melakukan sesuatu sekadar untuk dipuji manusia. Bukankah demikian?

Janji Allah Pasti Benar...

Semoga Allah senntiasa menjaga kita diatas kebenaran.ketahuilah bahawasanya orang-orang yang saling mencintai kerana Allah akan mendapatkan kemuliaan di Akhirat. Terdapat beberapa Hadits Qudsi tentang hal tersebut.

Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: Allah berfirman pada Hari Kiamat, “Dimanakah orang-orang yang saling mencintai karena keagungan-Ku pada hari ini? Aku akan menaungi mereka dalam naungan-Ku pada hari yang tiada naungan kecuali naungan-Ku.” (HR. Muslim; Shahih)

Dari Abu Muslim al-Khaulani radhiyallahu ‘anhu dari Mu’adz bin Jabal radhiyallahu ‘anhu, ia mengatakan: “Aku mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam menceritakan dari Rabb-nya, dengan sabdanya, ‘Orang-orang yang bercinta karena Allah berada di atas mimbar-mimbar dari cahaya dalam naungan ‘Arsy pada hari yang tiada naungan kecuali naungan-Nya.’”

Abu Muslim radhiyallahu ‘anhu melanjutkan, “Kemudian aku keluar hingga bertemu ‘Ubadah bin ash-Shamit, lalu aku menyebutkan kepadanya hadits Mu’adz bin Jabal. Maka ia mengatakan, ‘Aku mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam menceritakan dari Rabb-nya, yang berfirman, ‘Cinta-Ku berhak untuk orang-orang yang saling mencintai karena-Ku, cinta-Ku berhak untuk orang-orang yang saling tolong-menolong karena-Ku, dan cinta-Ku berhak untuk orang-orang yang saling berkunjung karena-Ku.’ Orang-orang yang bercinta karena Allah berada di atas mimbar-mimbar dari cahaya dalam naungan ‘Arsy pada hari tiada naungan kecuali naungan-Nya.” (HR. Ahmad; Shahih dengan berbagai jalan periwayatannya)

Dari Mu’adz bin Jabal radhiyallahu ‘anhu, ia menuturkan, Aku mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Allah berfirman, ‘Orang-orang yang bercinta karena keagungan-Ku, mereka mendapatkan mimbar-mimbar dari cahaya sehingga para nabi dan syuhada iri kepada mereka.” (HR. At-Tirmidzi; Shahih)

Alhamdulillahilladzi bini’matihi tatimmushshalihaat (ertinya: “Segala puji bagi Allah, dengan nikmat-Nyalah segala kebaikan menjadi sempurna.” Do’a ini diucapkan Rasulullah bila beliau mendapatkan hal yang menyenangkan). Allah Ta’aala menyediakan bagi kita lahan pahala yang begitu banyak. Allah Ta’aala menyediakannya secara percuma bagi kita. Ternyata, begitu mudah caranya untuk mendapat pahala. Dan begitu mudahnya mengamalkan ajaran Islam bagi orang-orang yang meyakini bahwa esok dia akan bertemu dengan Allah Rabbul ‘alamin sembari melihat segala perbuatan baik mahupun buruk yang telah dia lakukan selama hidup di dunia. Persiapkanlah bekal terbaik kita menuju Negeri Akhirat. Semoga Allah mengumpulkan kita dan orang-orang yang kita cintai karena Allah di Surga Firdaus Al-A’laa bersama para Nabi, syuhada’, sodiqin, dan salihin. Itulah akhir kehidupan yang paling indah…


~dipetik dan diolah dari muslimah.or.id~

(diharap dapat dikongsi bersama)



Thursday, May 14, 2009

Wajah Suci by Mestica



Lagu yang dinyanyikan Mestica menceritakan tentang anak yang tak berdosa dibuang lantaran keterlanjuran si polan akibat lemas dalam cinta insani.Alangkah sedihnya.....

Wajah suci itu tidak berdosa
Mengapa dia dibiar begitu saja
Sedih pilu menatap rupanya
Kaku terdampar di lembah hina

Apa dosanya si kecil itu
Belum sempat dia memanggil ibu
Sampai hati engkau dizalimi
Oleh mereka yang tiada simpati

Tubuh kecil itu mahu dihargai dihormati
Dimakamkan dia bukan dibuang sesuka hati
Dimanakah nilai ehsan insani
Apa dosanya si kecil itu

Kerana kasih tersasar tujuan hidup
Hingga lahir zuriat yang bukan pilihan
Buntu tiada jalan penyelesaian
Lalu si anak dibuang di jalanan
(Mengapa tiada simpati dan kasihan)
SAyu hati melihat nasib dirimu

Bagai tiada nilainya di sisi
Wajah sucimu telah dinodai
Namun lahirmu ada nilainya
Di sisi Allah engkau mulia
Bagai kain putih kau tiada dosa
Bertaubatlah mereka yang hina

(semoga lagu ni mampu memberikan keinsafan dan renungan buat semua)

Wednesday, May 13, 2009

Harga Sekuntum Cinta by Fareast

Pada redup renungan berkaca
Terkolam riak sesal dan kecewa
Dialah yang semalam ditewas dunia
Tergetis keasyikan dosa

Perjalanan hidup terpaksa disukai
Biarpun penuh onak yang melukai

Dalam remang senja kau mencari
Seorang kekasih menghilang diri
Dialah yang semalam menabur janji
Dibuai kesamaran mimpi

Lupakanlah dia pendusta yang setia
Kembalilah pada hidup lebih bermakna

Mudahnya kau bayar harga sekuntum cinta
Mekar merona tubir sukma
Walau dengan hanya tercium harumannya

Leraikan gelora lepas di laut rasa
Nyala asmara telah sirna
masih ada sinar suluh hidup bahagia
Rayulah cintaNYA

(p/s:try tuk perform lagu ni nnt,insyaALLAH)

Tuesday, May 12, 2009

Coretan buat Mak

Meskipun dah lebih dua hari tapi rasanya tak terlewat untuk aku katakan aku SAYANG MAK SANGAT...LOVE U Mak!!!

Kepada semua,hargailah jasa ibu kerana ibu adalah satu kurniaan berharga dariNYA..

wallahua'lam...

Sempena Hari Ibu

Hari ini semua adik beradik pulang beraya di Kuala Lumpur setelah beraya di kampung mertua. Ibu yang di KL agak kesunyian, tetapi setelah mendengar abang dan kakak-kakak hendak datang beraya ,ibu gagahi juga bangun pagi menggoreng nasi buat santapan pagi mereka yang akan datang nanti.

Aku yang bongsu tinggal dirumah sambil menolong apa yang patut memerhati kegagahan ibu yang sememangnya aku tahu sakit dan bengkak kakinya semakin menjadi-jadi semenjak bulan puasa tempohari. Aku minta untuk membantu,

“Tak payah” katanya
“Biar mak yang buat nanti lain rasanya”.

Aku biarkan sahaja walau dalam hati terasa pedih dan sayu melihat kegagahan mak nak juga sediakan nasi goreng untuk anak-anaknya yang baru nak merayakan hari raya bersamanya.

Aku tahu disudut hati mak ada rasa sedih dan sayu kerana anak lelakinya tak beraya bersama di pagi raya..tetapi langsung tidak ditunjuk malah ingin pula menjamu anaknya. Terhinjut-hinjut mak kesana ke mari mengambil bahan-bahan nasi goreng. bukan main khusyuk dan bersungguh cuba menyediakan juadah yang semampunya.

Bila semuanya dah sampai aku mula hidangkan nasi yang digoreng mak untuk abang- dan kakak yang tiba dengan anak-anak mereka. Semuanya pakat menjamu selera. Memang berselera semua sukakan nasi goreng mak. Mak tahu anak-anaknya sukakan nasi goreng air tangannya.

Dalam tak sedar nasi dah hampir habis. Terdetik dihatiku…

“Ahhh mak belum makan apa-apa semenjak pagi kerana sibuk sediakan nasi tu”
Seraya tu abang ku bertanya, “Siapa tak makan lagi nasi ni”.
Aku menjawab “Mak belum makan apa lagi tu.”

Mak dengan bersungguh menjawab, “Ehh mak tak mau…tak lalulah nasi goreng, nak makan roti ja sat lagi…”

Dua tiga kali kami pelawa begitu juga jawabnya. Kata ku dalam hati.

“Oohh mungkin juga mak nak makan roti sebab nak kawal penyakit diebetisnya…”

Bila semua dah pulang, aku lihat mak terhinjut-hinjut ke dapur. Lantas aku tanya,

“Mak nak apa… Nak ambilkan…”
“Takpa nak rasa ni sikit.”

Sayu sedih dan terguris sungguh hati aku bila kulihat mak rupanya sedang mengikis kerak-kerak nasi goreng yang masih berbaki dalam kuali untuk dimakan.

Itulah kasih seorang ibu pada anak-anaknya. Zaman sekarang pun masih ada ibu yang sanggup berlapar dan mendahulukan anak-anaknya asal mereka semua kenyang. Aku benar-benar kalah dengan apa yang aku saksikan.

YA RABB Engkau peliharalah Ibu. Ampunilah dosanya. Berilah kekuatan pada anak-anaknya untuk membalas jasa ibu yang tak terhingga.

AMINN…


p/s: sayang MAK!!!


Monday, May 11, 2009

Tenang di rumah

Alhamdulillah...
sekarang ni dah berada di rumah.mungkin hanya sebentar kerana ada program yang bakal menyusul.biarpun rase tenang je di rumah tetapi hakikatnya daku rindukan....=(

Monday, May 4, 2009

Bicara Tentang Cinta by UNIC

Salahkah ku mendambakan seorang putri,
Dan pasti ku mengharap yg setia disisi,
Teman kala ku kedukaan,
Memberikan daku cahaya sinari kehidupan...

Walau ku tahu segala suratan Esa,
Ku pohon kesetian pemberi inspirasi,
Pengubat jiwa yang sepi,
Agar dapat ku kecapi,
Indahnya hidup ini...

Usah ada rasa sangsi,
Saling faham dan mengerti,
Sinar bahgia menanti,
Pendorong penguat jiwa,
Dalam melayar bahtera,
Pasti tenang jika kau disisi..

Selagi masih aku terdaya,
Menuturkan kata-kata,
Kan ku bicarakan yang sesungguhnya,
Di hati ini dikau saja,
Yang bertahta dijiwa,
Insan yg ku kasihi
Dikau lah yg ku sayangi..

Friday, May 1, 2009

secebis coretan dariku:mencari ketenangan dalam tekanan

Bertemu lagi di posting kali ini.alham dulillah untuk kali ini saya ingin berkongsi tentang bagaimana untuk mencari ketenangan dlm tekanan.

Tidak dapat dinafikan dalam mengharungi perjalanan liku2 kehidupan,kita sentiasa berdepan dengan tekanan.Tak kira lah dari segi bebanan kerja,masalah peribadi atau segalanya yang mungkin sedikit sebanyak akan menjadikan kita berada dalam 'BAD MOOD'.

Tapi harus diingat bahawasanya kita diberikan jalan oleh Allah S.W.T untuk mencari ketenangan itu.Bagaimana nak mencari ketenangan tu ye.Bagi saya amat mudah kerana kita perlulah menghiburkan hati yang sedang dilanda gelodak permasalahan yang mendatangkan keserabutan. Harus diingat bahawasanya hiburan yang kita cari atau ambil itu adalah sepertimana yang dianjurkan dalam Islam yang menggalakkkan hiburan mendidik jiwa.

Hiburan sejati ialah hiburan yang bertapak di hati. Ia boleh membawa hati yang tenang. Syarat bagi ketenangan hati itu ialah dengan mengisi keperluan asasinya iaitu iman. Firman Allah Subhanahu wa ta‘ala dalam Al-Qur‘an yang tafsirnya :

“Orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikir kepada Allah. Ketahuilah! Dengan zikir kepada Allah itu, tenang tenteramlah hati manusia”.

(Surah Al-Ra‘ad: 28)

Antara hiburan itu adlah mendengar alunan Al-Quran,zikir dan lagu2 yang mampu mendatangkan keinsafan dlm diri kita.

Oleh itu hendaklah kita ketahui bahawasanya bukan payah untuk mencari ketenangan tetapi yang pasti ketenangan yang hakiki akan datang dengan sendirinya apabila kita melaksanakan perintahNYA dengan kudus dan mulus seikhlas hati kita.

wallahua'lam...