CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, May 30, 2009

Bicara Tentang Cinta : Mungkinkah Bisa Mati Bersama

Cinta mesti selalu diperbaharui,Begitulah yang selalu didengari daripada orang yang cukup arif.Cinta umpama pokok,sekali tumbuh,bukan jaminan untuk subur selamanya.Sebaliknya ia mesti terus disirami,dibajai dan jua dijaga...

Merenung sejenak ayat diatas.sememangnya benar apa yang tertulis.cinta perlu disemai dan dibajai.mungkin sebelum berkahwin ketika sedang lara dibuai kerinduan cinta,semua yang dilihat,diperkatakan juga diperlakukan indah belaka.tapi harus diingat apa pula disebalik tirai perkahwinan yang ditempuhi selepas itu.

Mungkin saya tak bisa untuk bercerita panjang mengenai cinta,tapi persoalannya adakah anda yakin bahawasanya cinta yang didambakan sekarang akan tetap berada digenggaman anda kelak???Sudikanlah untuk anda semua fikirkan...

Dan yang paling lama difikirkan olehku,bisakah cinta yang pada awalnya hanya diselaputi wangian dan haruman hingga keakhirnya??Atau adakah kita akan terfikir untuk memilih yang lain setelah kehilangan yang lama.Kemanakah hilangnya janji setia itu??
Yang pasti sang insani lebih mengetahui.....

Wallahua'lam...

0 comments: