CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, May 26, 2009

SALAM FM

Terbaru dari JAKIM yang merupakan jabatan yang bertanggungjawab dalam mengetengahkan medium keislaman mengikut jejak langkah IKIM dengan melancarkan radio mereka sendiri iaitu SALAM FM.Ikuti artikel dibawah...

[SEMASA] KUALA LUMPUR: SALAM FM, stesen radio berfokuskan dakwah dan ajaran Islam kelolaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dengan kerjasama Radio dan Televisyen Malaysia (RTM), memulakan siaran percubaannya Ahad lalu dari 1 pagi hingga 8 pagi.

Jakim dalam satu kenyataan berkata siaran itu boleh diikuti melalui beberapa gelombang FM iaitu FM 91.1 megahertz di Lembah Klang, FM 102.5 megaherzt di kawasan Pahang Barat, FM 105.1 megahertz di Cameron Highlands dan melalui Gelombang Pendek Kebangsaan (GPK) 6070 kilohertz.

Pendengar di luar negara juga dapat mengikuti siaran ini melalui gelombang pendek SW 9750 kilohertz 31 meter dan SW 9750 kilohertz 48.58 meter.

"Penubuhan dan pengoperasian SALAM FM adalah bagi menyahut trend semasa, iaitu medium radio mempunyai keberkesanan langsung yang pantas, mudah, dan murah untuk diaplikasi bagi tujuan dakwah," kata Jakim. BERNAMA


p/s:moga SALAM fm mampu menjadi medium penyampaian dakwah dan mesej keislaman kepada semua...

1 comments:

idanio said...

Assalamualaikum..
Saudara Nashriq terima kasih kerana bantu promo SalamFM di website anda. Saya, Norlida Mohd.Noor salah seorang DJ SalamFM.Walaupun kami bersiaran di antara 1.00 pagi hingga 8.00 pagi tetapi setakat ini respon pendengar agak memberangsangkan..