CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, May 1, 2009

secebis coretan dariku:mencari ketenangan dalam tekanan

Bertemu lagi di posting kali ini.alham dulillah untuk kali ini saya ingin berkongsi tentang bagaimana untuk mencari ketenangan dlm tekanan.

Tidak dapat dinafikan dalam mengharungi perjalanan liku2 kehidupan,kita sentiasa berdepan dengan tekanan.Tak kira lah dari segi bebanan kerja,masalah peribadi atau segalanya yang mungkin sedikit sebanyak akan menjadikan kita berada dalam 'BAD MOOD'.

Tapi harus diingat bahawasanya kita diberikan jalan oleh Allah S.W.T untuk mencari ketenangan itu.Bagaimana nak mencari ketenangan tu ye.Bagi saya amat mudah kerana kita perlulah menghiburkan hati yang sedang dilanda gelodak permasalahan yang mendatangkan keserabutan. Harus diingat bahawasanya hiburan yang kita cari atau ambil itu adalah sepertimana yang dianjurkan dalam Islam yang menggalakkkan hiburan mendidik jiwa.

Hiburan sejati ialah hiburan yang bertapak di hati. Ia boleh membawa hati yang tenang. Syarat bagi ketenangan hati itu ialah dengan mengisi keperluan asasinya iaitu iman. Firman Allah Subhanahu wa ta‘ala dalam Al-Qur‘an yang tafsirnya :

“Orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikir kepada Allah. Ketahuilah! Dengan zikir kepada Allah itu, tenang tenteramlah hati manusia”.

(Surah Al-Ra‘ad: 28)

Antara hiburan itu adlah mendengar alunan Al-Quran,zikir dan lagu2 yang mampu mendatangkan keinsafan dlm diri kita.

Oleh itu hendaklah kita ketahui bahawasanya bukan payah untuk mencari ketenangan tetapi yang pasti ketenangan yang hakiki akan datang dengan sendirinya apabila kita melaksanakan perintahNYA dengan kudus dan mulus seikhlas hati kita.

wallahua'lam...



0 comments: